Sunday, August 12, 2012

2012 - Bouldering Hari Wilayah

A : Amacam? ade berani ke?
B : Wa tak kisah, lu je takut balik tangan kosong.

Berikut perbualan ringkas 2 ahli SRC yang buntu semasa cuti di rumah, Arakian, berlaku lah trip mahu dan malu.


Cerita sebenar..
Ia merupakan satu pertandingan bouldering sempena sambutan hari wilayah 2012 yang diadakan di Dataran Merdeka. Dah nama hari wilayah, mesti la tarikh nye 1hb febuari. Dengan keberanian & kecekalan yang tertanam didalam diri, 4 orang ahli SRC telah menyertai comp ini buat pertama kalinya.

Anis J.Piah.Nasir.Wakk

Format comp mudah. Route akan di set mengikut kategori. Setiap peserta diberi masa 3 minit untuk menyelesaikan problem tersebut. Setiap orang perlu melunaskan 2 problem & pemenang akan dinobatkan mengikut catatan masa terpantas. Peserta akan di isolate ketika route setter set problem. Tujuan dia tak lain tak bukan, nak kasi suprise la. Profile & handhold yang ada tape boleh pegang & pijak. Manakala, profile & handhold yang tanda 'X' hanya bole pijak sahaja.

Disebabkan 1st time masuk, kedua-dua peserta wanita SRC slumber ya-ya je tidak mendaftar di isolated zone & tengok peserta wanita lain. Nasib baik tak disqualified.


kedua-dua peserta wanita berjaya settle problem pertama mereka.


Anis J cemerlang untuk problem 2. Manakala, piah tersalah move yang menyebabkan dia terpaksa untuk 2nd attemp & berjaya.

Hat laki malas nak cite panjang, sbb dua-dua kecundang.

1st Problem

2nd Problem

tanpa disangka, seorang wakil wanita berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah buat Anis J.


Tidak lupa buat penyokong yang sunburn kerana setia menunggu hero & heroin mereka beraksi.



p/s : Sila klik sini untuk gambar selebihnya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails