Saturday, September 12, 2015

2015: XPDC VISIT TAHAN 2015

Alhamdulillah. Pada 20-29 Ogos yang lalu, kelab SRCUTM telah berjaya melaksanakan ekspedisi mendaki Gunung Tahan yang terletak di Pahang. Gunung Tahan ini merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Seramai 11 orang ahli ekspedisi yang menyertai pendakian pada kali ini yang bermula di Merapoh dan berakhir di Kualan Tahan, Pahang. Sepanjang ekspedisi ini berjalan, terdapat pelbagai masalah dan rintangan yang dihadapi oleh ahli ekspedisi. Namun, dengan kerjasama dan bonding yang kuat antara ahli ekspedisi, pendakian ini telah terlaksana dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengarah program, Mohamad Fauzan dan juga ahli-ahli ekspedisi yang terlibat kerana berjaya menawan puncak Gunung Tahan. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak sebelum program ini terlaksana. Terima kasih.

"Once SRC, always SRC"





















Saturday, February 28, 2015

XPDC CUSSGBB

Assalamualaikum & salam sejahtera para hiker sekalian. Alhamdulillah, pada 20-29 Januari 2015, Ekspedisi CUSSGBB telah berjaya dilaksanakan yang bertempat di Gerik, Perak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Pengarah program DIEN IDRIS dan juga ahli ekspedisi kerana telah menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada senior-senior dan alumni-alumni SRC yang turut turun padang bagi menjayakan dan memeriahkan suasana.

Untuk pengetahuan, Gunung Chamah dan Shoid tidak berjaya ditakluki pada ekpedisi kali ini atas sebab tertentu kerana boleh mendatangkan bahaya kepada ahli-ahli ekspedisi. Pelbagai pengalaman berharga yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

SRC Total Outdoor - 'Once SRC always SRC'.

Jomkan layan gambar-gambar yang diambil sepanjang ekspedisi berlangsung ok. Enjoy!

Pengarah program




















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails