Monday, March 14, 2011

2011 - Basic Rock Climbing

    Pada 19 Februari 2011, SRC UTM mengadakan Program Basic Wall Climbing yang mempersembahkan peserta-peserta dari pelbagai jurusan dari UTM. Program diadakan seawal jam 9 pagi dan selesai menjelang tengahari. Program ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan peserta mengenai asas aktivti ‘wal climbing’. Tahniah kepada pengarah program iaitu Izzuanie Ibrahim dan juga peserta yang telah menjayakan program ini.

para peserta mendengar taklimat sebelum memulakan aktiviti memanjat~

antara yang gigih belajar membuat ikatan

hampir ke puncak wall…

untuk gambar yang lebih menarik..klik di sini

Friday, March 11, 2011

2011 - XPDC LIANG EAST LIANG WEST (LELW)

   Pada 29 Januari hingga 1 Februari 2011, SRC UTM sekali lagi mengadakan program trekking iaitu XPDC LIANG EAST LIANG WEST bertempat di Gunung Liang, Perak Darul Ridzuan. Program ini mencabar apabila peserta menawan dua puncak Gunung LIang yang terletak di bahagian timur dan barat gunung. Hujan yang turun sekali lagi membuat xpdc ini semakin mencabar buat para peserta. Tahniah pada pengarah program iaitu Nur Atiqah yang telah mengadakan program ini dengan jayanya dan tidak lupa pada peserta yang gigih menghabiskan xpdc ini.

para peserta bergambar kenangan

bersama-sama anggota ekspedisi

di puncak liang..nice shot~

untuk gambar yang menarik.. klik di sini

Thursday, March 10, 2011

2011 - XPDC NUANG 2011 ' A Beginning of Freshie'

   Pada 22 dan 23 Januari yang lepas, SRC UTM telah mengadakan XPDC Gunung Nuang bertempat di Gunung Nuang, Selangor. Seramai 40 orang peserta telah menyertai ekspedisi ini dan antara peserta yang terlibat adalah ahli-ahli baru kelab SRC UTM. Perjalanan yang begitu mencabar ditempuhi dengan penuh kesabaran oleh setiap peserta apabila perlu menempuhi trek yang becak ekoran hujan yang membasahi bumi. Namun kesungguhan setiap peserta tidak dapat dipatahkan dengan halangan yang dihadapi.

sampai di kem lolo…semua tetap ceria!

menuju puncak Nuang

pemandangan dari puncak nuang…

mahu melihat gambar yang lebih menarik dari kami?

klik di sini dan di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails