Tuesday, December 28, 2010

2010 - Kayuhan Terang Malam

   Aktiviti yang diadakan oleh kelab turut melibatkan aktiviti riadah bersama ahli-ahli kelab tidak mengira waktu. Untuk aktiviti kayuhan malam ini, kelab telah menjemput seberapa ramai kaum hawa untuk menyertai kayuhan ini. Kayuhan ini hanya melibatkan kaum hawa yang mahu mencuba berkayuh di waktu malam dengan melalui laluan jalanraya di sekitar kampus UTM. Seramai hampir 20 orang ahli kelab wanita telah menyertai kayuhan ini dan turut dimeriahkan oleh ahli-ahli kelab lelaki yang lain. Aktiviti yang bermula jam 11 malam berakhir pada jam  2 pagi.
antara yang terlibat malam tersebut...sebelum kayuhan..
kayuhan bermula..kayuh..jangan tak kayuh~
berehat sebentar...letih~
skuad marshall yang setia di belakang~

untuk gambar yang lebih menarik sila klik di sini

Friday, December 10, 2010

2010 - Jamboree Burung Hantu, Melaka

Pada 30 Oktober 2010 yang lepas, SRC UTM turut tak ketinggalan untuk menyertai jamboree pada waktu malam yang dianjurkan oleh Environment Cycling Club. Lebih 1500++ orang dari serata pelusuk dunia telah menyertai jamboree ini. Jamboree Burung Hantu ini telah disertai oleh  peserta dari UTM sendiri. Dengan usaha dan keyakinan yang ada, para peserta dari UTM dapat menamatkan kayuhan masing-masing di bawah angka 1000th. Tahniah diucapkan!

penyokong yang setia memberi sokongan!
antara rider-rider malam itu
1500++ peserta!
sebelum kayuhan bermula
tahniah kepada nasir yang mendapat tempat ke-89 dari 1500++ orang!!
tahniah kepada rider-rider
untuk gambar yang lebih menarik? sila klik di sini

2010 - Annual Grand Meeting (AGM)

Pada 30 Oktober 2010, selesailah sudah tugas MTMJK SRC UTM 2010 menjalankan tugas, mengadakan program untuk kelab yang tercinta. Segala program dan perkara berbangkit dihujahkan di dalam mesyuarat agung ini. Lebih dari 30 ahli kelab datang untuk menjalankan tugas untuk memilih MTMJK 2011 yang baru. Anugerah bagi pengarah terbaik bagi sesi 2010 turut diadakan bagi menghargai pengarah yang telah menjalankan program dengan jayanya!.Dengan undian tertinggi, saudara mohd nasiruddin bin mhd shamsir telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Kelab yang baru. Tahniaj diucapkan!

Antara ahli kelab yang hadir

sesi perletakan jawatan MTMJK 2010 
calon-calon MTMJK 2011
pengarah program terbaik 2010..tahniah khalid!
sesi pemberian kunci bilik kleab kepada MTMJK 2011

untuk gambar yang lebih menarik, sila klik di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails