Friday, August 27, 2010

2010 - Kursus Asas Tali (KAT)

Pada 22 Ogos yang lalu, SRC telah mengadakan Kursus Asas Tali (KAT) di Kementerian Belia & Sukan (KBS) Negeri Johor di Larkin, Johor. Program yang diketuai oleh Tuan Aiman bin Tuan Azmi berjalan dengan lancar meskipun program dijalankan pada bulan Ramadhan. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPA) UTM dan seramai 22 orang telah menjalani kursus selama sehari ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempelajari asas ikatan dan sistem tali yang diguna pakai bagi tujuan rekreasi. Pada akhir program ini, peserta bukan sahaja mendapat ilmu tentang ikatan, malah dapat mencuba mendaki dinding tiruan yang terdapat di KBS tersebut.

Koperal Rashid...bukan maen~~
ikatan ape ni??
ikatan satu lengkar dua setengah belit~
Demontrasi pemasangan sistem flying fox dan demo flying fox..cayalah!
intro wall climbing dari alumni KORD~
first try dari fahmie~
waktu utk berbuka~~
aiman~pengarah program~ congrates!
our last picture of the day~ nice one!!


** credits to faris,napi & wak for the nice pictures!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails