Route: Blue Valley Dam - 3 Boundries - Charlie Pondok - Kem Gurkha - Yong Belar - Kem Kuali - H2O - Puncak Junction - Kem Cerek - Korbu - Gayong - Kem Cerek - Puncak Junction - Kem Lembah Agas - Bonsai Tengah - Puncak View - Kem DGU - Bonsai Semak - Kem Sarsi - Puncak Belumut - Kem Kacang - Puncak Kambing - Tok Nenek - Kayong - Kem Lopak - Bubu - Yong Yap - Sungai Y - Pos Brooke
Intro
Trans V2…Sudah sekian lama aku ingin mencuba treknya. Akhirnya segala penantian ku terbalas juga. Kegembiraan tidak dapat di ungkap dengan kata-kata. Aku berpeluang mengikuti XPDC paling berprestij di UTM setakat ini. Trans V2 yang pertama kalinya dilakukan oleh warga perintis SRC pada tahun 1998 akhirnya berjaya dianjurkan buat kali keduanya pada tahun ini, 2008. Kejayaan 1 dekad buat seluruh warga SRC..
Day 0 (15 Jun 2008 - Isnin) : Bersedia menyahut cabaran V2
Jam di tangan sudah lama melewati pukul 6 petang. Kelibat Poncho yang akan menjadi guide kami masih tidak kelihatan. Panggilan telefon tidak dapat dibuat kerana bateri telefonnya telah mati. Rungutan peserta, penasihat kelab malahan pemandu bas sendiri yang sudah sekian lama menunggu terngiang-ngiang ditelinga. Daus, guide kedua kami baru sahaja msg aku memaklumkan dia telah menaiki bas ke kg. Raja. Kami seawal 4 petang telah bersiap-siap untuk memulakan cabaran V2 ini..
6.57 petang. Akhirnya barulah kami dapat memulakan perjalanan kami yang masih jauh setelah ketibaan poncho yang ditemani A. Rao. Tiada apa-apa yang menarik sepanjang perjalanan kami. Perjalanan ke Kg. Raja diteruskan setelah berhenti seketika di Machap untuk mengisi perut..
Day 1 (16 Jun 2008 - Isnin) : Merangkak ke Charlie Pondok
4 pagi. Kami telah tiba di kg. Raja. Kabus pagi menyambut kedatangan kami. Kami berehat seketika di Masjid kg. Raja sementara menunggu hari siang. Dalam kesejukan pagi di Cameron Highland kami cuba melelapkan mata buat seketika. Ada juga rakan-rakan yang mengambil kesempatan untuk re-packing.
Setelah mengisi perut dengan nasi lemak di kedai berhampiran dan membuat report polis, kami memulakan perjalanan ke Blue Valley Dam dengan 4wd yang telah sedia menunggu. Perjalanan hampir 40 minit dengan 4wd begitu meriah. Gelak tawa peserta silih berganti dengan lawak jenaka. Ajis menjadi bahan gelak tawa pada pagi ini.
Setelah melakukan sesi pemanasan badan dan mendengar sedikit taklimat, muncul sorang mandor TNB dengan land rovers yang melakukan kerja pembersihan di kawasan BVD.
“Kami dah dapat permit nak masuk hutan ni”
“Tapi TNB bukan kerajaan punya sekarang”
9.42 pagi. Kami memulakan cabaran V2 dengan memanjat anak tangga BVD yang agak banyak. Daus mendahului kami dan Poncho pula menjadi sweeper. Bebanan ration untuk 8 hari begitu terasa ketika mendaki anak tangga BVD. Setelah beberapa ketika memanjat anak tangga, kelihatan sudah ada peserta yang merangkak untuk mengurangkan sedikit azab seksa bebanan yang terpaksa ditanggung. Inilah keperitan yang terpaksa ditanggung oleh pendaki apabila melakukan V2 Reverse..
9.56 pagi. Akhirya penyeksaan mental memanjat anak tangga BVD selesai. Ketika meniti kayu yang diletakkan diatas tanah lembik, Nadia tewas. Kakinya tenggelam dalam tanah hitam yang lembik itu. Kesian Nadia..
10.06 pagi. Poncho menjerit memanggil Daus dihadapan yang tersilap mengambil simpang. Simpang ke kiri untuk ke Charlie Pondok dan terus untuk ke Yong Belar. Perjalanan ke Charlie Pondok diteruskan. Treknya mula menaik sedikit demi sedikit. Pokok-pokok belumut mula kelihatan. Kami terpaksa berpaut pada akar-akar pokok untuk mendaki ke atas. Kelihatan batu-batu sempadan sepanjang trek yag kami tempuh.
4.58 petang. Kami tiba di 3 Boundries. Sempadan Pahang-Perak-Kelantan. Merenung seketika azab yag terpaksa kami tempuh pada hari yang akan datang.. Perjalanan ke Charlie Pondok diteruskan kembali setelah melepaskan penat seketika dan bergambar untuk kenangan.
7.25 petang. Akhirya setelah berpaut pada akar pada kecerunan hampi 80° dengan penuh seksa kami sampai di Puncak Charlie Pondok. Keputusan dibuat untuk bermalam disini.
Day 2 (17 Jun 2008 - Selasa) : Gimme some water plz…
9.55 pagi. Trek yang pada mulanya menurun kini mula menaik. Kami juga terpaksa merangkak berkali-kali untuk melepasi halangan pokok-pokok belumut. Akar-akar pokok berselirat disepanjang trek.
10.07 pagi. Tiba di kem yang dikatakan agak mistik dikalangan pendaki, Kem Gurkha. Kem yang agak besar dan mempunyai sumber air sungai. Untuk menjimatkan air, kami memasak nasi untuk makan tengahari di sini.
“Patut la beg berat..pikul glukos ni..meh sini sket aku tolong kurangkan berat”
“ambik..ambik..”
11.25 pagi. Meneruskan perjalanan ke Yong Belar. Trek yang kami tempuhi mula mencanak. Kami turun naik meredah bukit-bukit dan menyusuri permatang. Pokok buluh mula kelihtan disepanjang trek.
Sekali lagi kami tepaksa merangkak melepasi halangan pokok-pokok belumut. Pokok-pokok tersebut membentuk seperti sebuah gua yang. Sungguh indah ciptaan-Nya..
6.20 petang. Kami tiba di Puncak Yong Belar setelah menempuhi pacak untuk ke puncak. Langit merah mula kelihatan sedikit demi sedikit meyambut kedatangan kami di puncak Yong Belar. Kami memutuskan untuk bermalam di Puncak Yong Belar dan mengambil air di Kem Kuali untuk kegunaan malam ini.
Semasa turun mengambil air, kejadian yang tak sepatutnya berlaku telah terjadi..Rakan-rakan perempuan terputus dengan orang dihadapan. Hanya Ajis, Teva dan Bear sempat mengikut jejak langkah Poncho dan Daus dihadapan. Lina yang kemungkinan agak perlahan dibelakang mereka telah mengambil simpang yang salah. Sebenarnya simpang ke Kem Kasut telah di palang oleh Daus tapi entah macam mana Lina boleh merempuh palang tersebut tanpa disedari. Aku dan rakan-rakan lain di belakang pun sudah tidak perasan akan palang yang dirempuh itu. Kami menuju ke suatu destinasi yang salah. Akhirya setelah agak jauh perjalanan dan masih tidak menemuni orang depan kami pun berhenti seketika.
“Keyi..keyi..datang depan jap..”
“Kita pegi rikie trek depan”
Setelah jauh ke dalam hutan, aku dan Najib gagal untuk mengesan jejak orang dihadapan kami. Walaupun tanah lembik tapi kesan tapak kasut tidak kelihatan. Malahan kesan-kesan rating patah pun gagal dikesan, yang jelas kelihatan hanya tapak bintang..tapak anak harimau..Aku was-was untuk meneruskan perjalanan.
“Kita patah balik Jib”
Kami mengambil keputusan untuk patah balik ke puncak dan menunggu mereka pulang.
“Patah balik sambil tengok kiri kanan kalau ada simpang”
Akhirnya kelihatan kelibat Poncho diikuti Ajis dan Bear membawa air pulang. Teva yang memikul air yang agak banyak masih belum sampai. Poncho dan Najib turun semula untuk meringankan bebanan Teva. Beberapa ketika kemudian, Teva muncul dengan Daus tanpa Poncho dan Najib. Pelik bin ajaib..
“Keyi, ikut aku turun cari Poncho, aku nampak lampu menghala ke Kem Kasut”
Dengan hanya berselipar aku berlari bersama Daus untuk mengejar Najib dan Poncho yang telah mengambil simpang ke Kem Kasut. Beberapa kali Daus menjerit memanggil Najib dan Poncho tapi tidak bersahut. Langkah kami semakin laju mengejar mereka…
Akhirnya semua selamat sampai di puncak Yong Belar semula. Air yang Teva pikul tadi di agih-agihkan kepada kumpulan-kumpulan lain. Dalam keadaan yang kekurangan air, kami menyediakan menu yang simple yang kurang menggunakan air.
Dalam kekalutan tersebut dan kesejukan Yong Belar, Lina pula menunjukkan tanda-tanda kena hypothermia. Lantas Alai dan Nadia membantu memulihkan keadaan.
Day 3 (18 Jun 2008 - Rabu) : H2O or Junction??Hard decision…
9.47 pagi. Perjalanan dimulakan. Kami bergerak menuruni puncak Yong Belar. Seperti biasa, akar-akar pokok diredah. Tanah pula agak lembik.
10.30 pagi. Sampai di kem Kuali. Kelihatan kuali yang telah lama tergantung di kemsite tersebut. Kami mengisi air untuk kegunaan kumpulan dan sendiri. Air yang mengalir perlahan dari celah-celah batu agak tidak jernih.
11.51 pagi. Kami terpaksa mengharungi halangan maut. Kami terpaksa menyusuri lereng yang hampir putus yang hanya di sambung dengan titi kayu. Daus dengan berhati-hati membantu kami melepasi halangan tersebut seorang demi seorang. Sekiranya tersilap langkah, mautlah jawabnya. Gaung yang dalam telah sedia menanti di bawah kami..
Buat kesekian kalinya kami, meredah hutan buluh (Schima). Rentak perjalanan kami masih lagi agak perlahan, sama seperti 2 hari yang lepas. Bebanan ration dan air yang terpaksa dipikul masih terasa di bahu..
4.11 petang. Kami tiba di puncak H2O. Perjalanan ke Kem H2O yang terletak di lembah diteruskan.
5.00 petang. Akhirya kami tiba di Kem H2O. Air sungai yang mengalir deras menyambut ketibaan kami. Keputusan terpaksa dibuat sama ada untuk bermalam di H2O atau meneruskan perjalanan ke Junction. Sepatutnya hari ini kami bermalam di Junction tapi disebabkan kami bergerak terlalu perlahan kami hanya sempat sampai di H2O.
Akhirnya setelah berbincang dengan semua peserta, keputusan bersama dibuat untuk bermalam di H2O dan memulakan perjalanan ke Junction awal pagi esoknya. Risikonya kami terpaksa tanggung pada keesokan harinya.. Kesempatan untuk mandi dan mencuci pakaian tidak dilepaskan begitu sahaja setelah 2 hari mandi. Kesejukan di H2O begitu terasa.. Hujan rintik-rintik yang membasahi bumi menambahkan lagi kesejukan lembah ini.
Day 4 (19 Jun 2008 - Khamis) : Mentalisme - 18 jam trekking
8.30 pagi. Perjalanan ke Junction dimulakan. Daus dan Poncho gagal mengesan marking lama pada pokok. GPS Poncho pula menunjukkan trek berada di 2 bukit dihadapan kami. Kami dibawa menyusuri lereng bukit yang tidak pernah diterokai.
“Macam trip sondol la pulak”
“Maybe diorang nak potong trek pendek kot”
Kami berhenti seketika sambil menunggu Poncho dan Daus mencari trek yang sebenar. Agak lama kami menunggu, akhirnya kedengaran suara Daus dari belakang yang menyuruh kami patah balik. Trek yang baru ditebas terpaksa kami redah semula.
9.45 pagi. Barulah kami memulakan perjalanan mengikuti trek yang asal. Making pada pokok di tepi sungai tidak kelihatan dari arah reverse, marking hanya ada pada arah normal. Kami melintasi sungai untuk meneruskan perjalanan. Air terjun yang cantik di sebelah kiri kami. Trek pada hari ini menaik je. Pendakian memanjat bongkah batu besar yang kecerunan hampir 85° begitu menarik.
Tanpa rehat, kami mendaki ke puncak Junction tapi ada juga beberapa peserta yang berhenti seketika kerana tidak tahan dengan kekejaman ini. Semak-semak diredah dan beberapa puncak terpaksa ditempuh sebelum tiba puncak junction.
1.20 tengahari. Kami tiba di Puncak Junction dan makan tengahari seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Korbu dan Gayong. Rentak perjalanan kami pada hari ini agak laju berbanding hari-hari sebelumnya.
2.53 petang. Kami meneruskan perjalanan ke Korbu dan Gayong secara daypack sahaja. Hanya makanan ringan dibawa untuk mengisi perut di puncak Korbu nanti. Beberapa bukit terpaksa kami tempuhi sebelum sampai ke kem Cerek. Perjalanan agak laju kerana trek yang menurun dan kami tidak membawa bebanan haversack. Kami berpeluang melihat permatang yang hampir putus yang hangat diperkatakan dalam GO. Memang permatang ni dah nazak, seperti retak menanti belah.. Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi
.
.
4.14 petang. Tiba di kem Cerek. Terdapat cerek usang yang tergantung di sini. Aku mendahului rakan-rakan yang lain mengambil air di bawah. Perjalanan turun mengambil masa 20 minit. Kami terpaksa meredah pokok balak yang tumbang di tengah laluan. Treknya memang agak menyeksakan..Air yang mengalir begitu jernih dan sejuk. Kelihatan tanah runtuh tidak jauh dari tempat kami mengambil air. Perjalanan naik ke kem Cerek memang menyeksakan..
“Cess..patut la Poncho dan Daus tak nak turun..”
5.06 petang. Perjalanan ke Korbu diteruskan. Hampir setengah jam barulah aku dan Daus tiba di simpang Korbu dan Gayong. Mahatari memancarkan sinarnya. Aku mengambil kesempatan untuk menjemur stoking yang telah basah dek hujan sementara menunggu rakan-rakan di belakang yang masih belum kelihatan.
Aku menempuhi kembali trek ke Korbu yang pernah aku lalui suatu ketika dahulu..Yang berbeza kali ini cuma treknya tidak becak seperti dahulu..Pemandangan dari permatang menyejukkan mata memandang. Yong Yap dan Tok Nenek gah berdiri di belakang kami. Masih jauh perjalanan yang perlu kami tempuh untuk menamatkan V2.. Trek Korbu melalui Chuban yang menjadi idamanku terpacak di hadapan sebelah kiri kami.
Kami bernasib baik kerana dapat melihat sunset dari puncak Korbu. Bandar Ipoh seakan-akan melambai-lambai kami. Kesejukan di Puncak Korbu menusuk hingga ke tulang ketika kami mengalas perut dengan megi. Kegelapan malam mula menjelma, dengan bantuan headlamp masing-masing, kami meneruskan perjalanan ke Gayong pula. Kepenatan begitu terasa. Sekali sekala fikiran terawang entah ke mana. Dalam terhuyung hayang aku meredah kegelapan malam ke Gayong.
Sambil bersandar di tunggul kayu di simpang Korbu-Gayong, terdetik jauh di lubuk hati aku tidak mahu ke Gayong dan hanya menunggu mereka di simpang ini sahaja. Namun aku gagahkan juga diri ku untuk pergi ke Gayong yang hanya beberapa minit dari simpang.
“Kalau aku tak pergi Gayong memang tak jadi full version..”
Mungkin disebabkan kepenatan, aku terasa begitu mengantuk. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tidur di tengah-tengah trek.. Perjalanan ke Kem Cerek agak perlahan kerana kegelapan malam membataskan pergerakan kami.
Kesejukan melampau di kem Cerek menewaskan kegagahan Poncho. Kalau di puncak Yong Belar Lina menjadi mangsa hypothermia, kem Cerek pula menyaksikan Poncho tewas kepada hypothermia. Aku dan Daus cuba memulihkan keadaan. John menghulurkan solid fuel untuk dibakar. Bahang kepanasan dari solid fuel tidak begitu terasa. Daus mengeluarkan emergency ponchonya untuk membaluti tubuh Poncho yang menggigil.
Setelah keadaan agak stabil, kami meredah kembali kesejukan dan kegelapan malam. Angin yang bertiup kencang di permatang hampir mematahkan semangat aku dan rakan-rakan yang lain. Mental kami begitu terseksa dek kesejukan dan kepenatan yang melampau.
Aku sudah tidak mampu lagi membilang bukit yang kami redah. Setiap kali mendaki bukit, semuanya berharap itulah bukit terakhir yang terpaksa kami daki. Perjalanan terasa begitu jauh sekali. Hari ini betul-betul menguji kekuatan mental setiap peserta. Setiap peserta boleh hilang pertimbangan bila-bila masa sahaja dalam keadaan sekarang.
2.40 pagi. Akhirnya penyeksaan kami seharian berakhir bila kami tiba di Junction kembali. Dengan moral down yang telah jatuh pada tahap yang paling hina, aku tanpa mempedulikan sesiapa terus menukar baju dan tidur dalam kepanatan yang tak terkata..
Day 5 (20 Jun 2008 - Jumaat) : Campsite on trek
12.45 tengahari. Kami memulakan perjalanan dari puncak Junction. Poncho menjalankan tugas sebagai guide dan Daus pula sebagai sweeper. Kedengaran rungutan apabila kami terpaksa merangkak dibawah pokok. Semak-semak terpaksa kami redah untuk ke Anak Junction. Yong Yap dan Tok Nenek kelihatan semakin dekat dengan kami.
3.40 petang. Beberapa kali kami turun naik meredah bukit. Akhirnya kami jumpa sungai yang pertama. Info yang tidak jelas menyebabkan kami memikul air berbotol-botol untuk kegunaan kumpulan. Bebanan air yang dipikul begitu terasa apabila kami terpaksa memanjat 3 bukit lagi sebelum sampai di kem Lembah Agas.
4.41 petang. Kami tiba di Kem lembah Agas. Masak dan lunch seketika.
“Punya la besar sungai kat sini..Sia-sia je pikul air”
6.03 petang. Meneruskan perjalanan. Lina, peserta paling muda kali ini memberontak kerana tidak mahu meneruskan perjalanan. Haversack dicampak di tepi trek. Memang mental habis kali ini. Alai, Nadia dan rakan-rakan depan yang lain setia memujuk. Ration yang dipikul diagihkan kepada ahli kumpulannya.
“Orang lain terus jalan dulu”
Aku dan rakan-rakan lain meneruskan perjalanan, meninggalkan Lina dan kerenahnya bersama ahli kumpulannya.
7.40 petang. Kami tiba di Bonsai Tengah. Keputusan dibuat untuk bermalam di sini sahaja. Satu pengalaman baru buat rakan-rakan seperjuangan, tidur di tengah-tengah trek kerana tiada campsite yang sesuai di kawasan Bonsai tengah ini. Pengalaman yang sama telah aku lalui ketika merintis trek ke Bilah suatu ketika dahulu. Pemandangan di sekitar Bonsai Tengah dikala senja melabuhkan tirainya begitu mempesona mata yang memandang.
Setelah siap memasak dan makan malam barulah kami memasang fly merintangi trek Bonsai Tengah untuk melelapkan mata sebelum meneruskan sisa-sisa perjalanan kami pada hari esok.
Day 6 (21 Jun 2008 - Sabtu) : Kesejukan bermaharajalela di Puncak Kambing
9.25 pagi. Daus dan Poncho tertekan dengan tindakan rakan-rakan aku yang menyerbu fly mereka di puncak Bonsai Tengah. Seolah-olah mereka memberi isyarat “bila nak gerak ni..kami nak gerak sekarang..” Aku hanya mampu tersenyum.. Aku mendahului rakan-rakan seperjuangan meneruskan perjalanan ke Puncak view. Aku tidak menghadapi masalah untuk membawa rakan-rakan ku ke Puncak View tanpa Poncho dan Daus. Marking-marking lama masih jelas kelihatan.
10.10 pagi. Kami tiba di Puncak View. Pemandangannya sungguh memukau mata. Kelihatan banjaran-banjaran yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia gah berdiri di kiri dan kanan kami.
10.51 pagi. Kami tiba di kem DGU. Kawasannya agak besar disamping air sungai yang mengalir deras. Kami memasak nasi untuk makan tengahari di sini.
Perjalanan ke Bonsai Semak diteruskan dengan bersemangat sekali. Rentak perjalanan agak laju walaupun dibahu kami sarat memikul air. Trek yang semakin menaik secara berterusan sedikit sebanyak menguji kecekalan kami.
1.54 tengahari. Puncak Belumut akhirnya berjaya kami tawan. Kami mengambil peluang untuk berehat seketika selepas makan tengahari. Perjalanan ke Puncak Kambing diteruskan.
5.42 petang. Setelah melayan pacak, kami tiba di Puncak Kambing. Gaya perjalanan yang telah dicadangkan oleh Napi semalam mula membuahkan hasilnya. Posisi ketika berjalan telah diubah. Kami meletakan rakan-rakan perempuan diantara lelaki. Rakan perempuan akan mengejar lelaki di hadapan. Orang di hadapan tidak akan menunggu orang di belakang tetapi orang di belakang perlu mengejar orang dihadapan sekiranya tertinggal. Dengan teknik kejar-mengejar ini kami berjaya mempercepatkan perjalanan kami.
Tok Nenek dah berada di depan mata kami. Selepas memberi isyarat kepada Daus, aku dan Yat berlari ke Tok Nenek ketika rakan-rakan lain sedang berbual-bual. Setelah mendengar jeritan kami dari Puncak Tok Nenek barulah mereka perasan bahawa aku dan Yat terlebih dahulu ke Tok Nenek.
“Mesti ada yang tak puas hati nanti..”
Kami semua memang bertuah kerana dapat menikmati sunset dari puncak Tok Nenek. Angin sejuk mula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Setelah tidak tahan dengan angin sejuk yang bertiup kami pulang ke Puncak Kambing untuk bermalam.
Di Puncak Kambing, angin bertiup dengan kejam dari semua arah. Kesejukan yang tidak terhingga begitu terasa. Jaket, windbreaker, sarung tangan dan stoking seolah-olah tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.
Day 7 (22 Jun 2008 - Ahad) : Trans Titiwangsa V2 Full Version complete!!!
Jeritan yang sayup-sayup kedengaran mengejutkan kami dari mimpi. Rupa-rupanya beberapa rakan kami sudah sampai ke Puncak Tok Nenek untuk melayan sunrise. Lantas aku, Poncho dan Daus bangun dan sekali lagi berlari ke puncak Tok Nenek. Warna oren pekat yang menghiasi langit begitu mengasyikkan pandangan
.
.
9.55 pagi. Dalam kesejukan pagi dan angin yang masih mengganas, perjalanan ke Kayong diteruskan. Perjalanan ke puncak Kayong hanya mengambil masa 15 minit. Selepas itu kami singgah di Kem Lopak yang berada di lembah sebelah kiri kami. Kem Lopak agak besar dan mempunyai sumber air yang mengalir perlahan. Bekalan air diisi semula untuk makan tengahari.
Angin yang bertiup melalui lembah tersebut menyebabkan kami dengan pantas meneruskan perjalanan. Bukit pacak terpaksa kami redah buat kesekian kalinya.
12.41 tengahari. Kami tiba di puncak Bubu. Kami masak seketika untuk makan tengahari.
“Ku sangkakan panas berpanjangan tapi hujan di tengahari”
Dikala kami bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan, hujan mula membasahi bumi. Kesejukan sekali melanda kami. Perjalanan di teruskan dalam hujan yang agak lebat dan petir sekali-sekala menunjukkan taringnya.
Destinasi kami seterusnya adalah puncak Yong Yap yang akan menyambut kemenangan kami mengharungi cabaran V2 reverse.
4.41 petang. Tiba di simpang ke Puncak Yong Yap dan Pos Brooke. Setelah mengisi makanan kemenganan didalam beg daypack kami meneruskan perjalanan ke puncak Yong Yap.
Betapa terkejutnya dan sedihnya aku melihat keadaan trek yang Yong Yap yang telah barai. Hati ku sayu melihat keadaan trek yang telah hancur..
“Trek Yong Yap dah sama macam trek Irau..”
Mana mungkin trek Yong Yap yang menjadi pelengkap G7 dapat bertahan jika 40 orang sekaligus melanyaknya.
Trek Yong Yap hancur disebabkan kerakusan manusia yang kononnya ingin bergelar pendaki dan penganjur aktiviti pendakian yang mahu mengaut keuntungan besar semata-mata.. Orang yang tidak bertanggungjawab seperti ini sepatutnya dikeji dan dikecam oleh semua warga gunung di Malaysia .
5.30 petang. Puncak Yong Yap telah berjaya kami tawan. Seperti yang telah dijangka dari treknya yang hancur, puncak Yong Yap dicemari oleh sampah. Kabus petang menyelubungi puncak Yong Yap. Semua peserta seperti tidak percaya bahawa mereka telah berjaya mengatasi cabaran V2..
Perjalanan ke Sungai Y diteruskan. Kegelapan malam mula menjelma. Kedengaran air di kiri dan kanan kami. Campsite berada berhampiran lidah air (pertemuan antara 2 sungai). Suara seperti perempuan menyanyi sayup-sayup kedengaran sekali sekala..meremang bulu roma..
8.30 malam. Tiba di Campsite Sg. Y. Nama campsite mungkin diperoleh dari pertemuan 2 sungai tersebut membentuk Y. Air nya agak deras mengalir. Keceriaan peserta jelas terpacar di wajah mereka.
“Spek aku jatuh dalam sungai tadi..”
“Kenapa tak cakap awal-awal tadi..klu tak boleh sama-sama cari”
Kesian Najib yang kehilangan mata keduanya dalam arus yang agak deras itu..
Day 8 (23 Jun 2008 - Isnin) : Trek ke Pos Brooke yang membosankan
10.45 pagi. Semua peserta bemalas-malasan bersiap untuk meneruskan pejalanan. Poncho yang demam pada pagi ini mengetuai perjalanan kami. Sesekali kelihatannya terhuyung-hayang.
Aku di belakang Poncho melompat-lompat di atas batu apabila melintasi sungai untuk mengelakkan kasut dari basah dek air sungai. Boleh dikatakan trek kePos Brooke berada di sepanjang sungai. Beberapa kali kami berjaya melintasi sungai tanpa membasahkan kasut. Akhirnya Napi tidak dapat mengimbangi badannya ketika meniti kayu yang merintangi sungai dan terjatuh..kuyup.. Gelak tawa memecah keheningan pagi.. Alai lah yang paling suka apabila melihat Napi terjatuh dalam sungai. Sebelum ini Napi selalu mengusiknya bila dia terjatuh di dalam lubang ketika perjalanan balik dari Korbu ke Junction mungkin kerana terlena seketika.
“Jaga Napi..jaga Napi..hahaha”
Usikan Alai setiap kali Napi ingin melintasi sungai selepas kejadian tersebut..
Trek landai yang panjang memang membosankan. Walaupun haversack tidak seberat mana tapi lenguh bahu yang memikul begitu terasa. Kebosanan mengharungi trek Pos Brooke memang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata.. Hujan membasahi bumi buat seketika..
Akhirnya hampir 4 petang barulah kami tiba di tempat 4wd akan mengambil kami. Selepas makan, sempat kami bermain kad dan Uno sambil menunggu ketibaan 4wd dengan penuh kesabaran..
Kami meradah kesejukan angin malam tanpa windbreaker dibelakang 4wd untuk ke Cameron.. Nadia, Alai dan Lina yang berada di belakang turut merasa penangannya..
Bersyukur kehadirat Ilahi kerana misi cabaran Trans Titiwangsa V2 Full Version berjaya ditamatkan oleh warga SRC dengan jayanya tanpa disedari..
copy right from keyi blogspot( sory keyi) - http://keyi544.multiply.com/journal/item/21
No comments:
Post a Comment