Wednesday, October 3, 2012

2012 : Pameran Kelab sempena MTM 2012 (Dataran Agora)


Pada 5 dan 6 September lalu, SRC telah menyertai pameran kelab-kelab UTM di Datarn Agora bersempena dengan Minggu Transformasi Mahasiswa 2012. Pameran ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan SRC kepada mahasiswa baru. Pameran yang berlangsung selama dua hari berturut-turut ini telah menarik ramai ahli baru untuk menyertai SRC. Seramai 380 mahasiswa telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelab. Ini menunjukkan bahawa aktiviti outdoor semakin digemari di kalangan masyarakat.

Semasa pameran, ahli-ahli lama SRC bertungkus-lumus memastikan booth SRC dikunjungi pelajar. Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sanggup pulang awal ke UTM demi memastikan pameran ini berjalan lancar. Ini menunjukkan bahawan mereka mempunyai semangat dan tanggungjawab terhadap kelab dan sanggup berkorban demi kelab. Semangat ini seharusnya dicontohi oleh ahli-ahli baru.



Isi janggan tak isi


Booth SRC


Promote


Sesi bercerita


Edar flyers

Bakal S.U + bakal presiden

Target perempuan jerr...


Dengar ceramah

Ramai


Semoga dengan pameran seperti ini dapat memperkenalkan SRC di kalangan mahasiswa baru. Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua ahli SRC yang menjayakan pameran ini. ONCE SRC, ALWAYS SRC


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails