Tuesday, October 2, 2012

2012 : Kursus Asas Rekreasi 2012






Pada 15 hingga 17 September yang lepas, SRC telah menganjurkan aktiviti tahunan untuk ahli-ahli baru SRC iaitu Kursus Asas Rekreasi bertempat di Survival Camp, Hutan Rekreasi UTM. Seramai 40 ahli baru telah menyertai kursus ini dan 12 orang fasi serta lima orang urusetia telah menjayakan kursus ini. 

Antara aktviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah jungle trekking, mountain biking, kayak, orienteering, masakan rimba dan night walk. Untuk KAR'12 hanya lapan orang sahaja peserta perempuan manakala selebihnya adalah peserta lelaki. Diharapkan ahli-ahli baru SRC dapat melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti SRC dan seterusnya dapat memegang amanah dan tanggungjawab untuk memimpin kelab pada masa akan datang. 

Antara matlamat utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada ahli-ahli baru SRC tentang basic camping atau cara untuk survive di dalam hutan. Selain itu, SRC juga berharap dapat mengumpulkan seberapa ramai penggemar aktiviti outdoor dan dapat bersama-sama menjalankan aktiviti outdoor dan bertukar ilmu. Di samping itu, diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara ahli baru dan ahli lama serta alumni SRC.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah KAR'12 iaitu Mr Presiden SRC, Saudara Nasiruddin (jambul). Tidak lupa kepada semua MTMJK, fasi dan ahli SRC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan kursus ini. 

Fasilitator : 

1. Rehan
2. Qayyum
3. Pia
4. Jas
5. Anis Kecik
6. Anis Nadrah
7. Fatihah
8. Ummi
9. Syafiq (Bulat)
10. Akmal Junior
11. Izyan Balqis (Ies Qiz)
12. Latiff





Baru sampai

Dengar taklimat











Presiden yang tak reti duduk diam


Takut air ke??


Taklimat sebelum masakan rimba


Warming up sebelum kayak

Walaupun dalam hutan, suruhan ALLAH jangan lupa


Pres study dalam hutan



wewwitttt


Gambar kenangan peserta + fasi + urusetia  + alumnii


Fasi + Urusetia + Alumni



Diharapkan peserta KAR'12 mendapat input atau ilmu yang dapat digunakan pada masa akan datang. Jangan serik untuk menyertai aktiviti SRC yang akan datang. ONCE SRC, ALWAYS SRC.



Lebih banyak gambar di Facebook Src :

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.469203389785893.105796.100000887070559&type=3

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.471952832844282.106435.100000887070559&type=3


2 comments:

IQ = Iez Qis said...

errr....spell it right~ iez qis yer...HAHA!

nice entry...blog da bertukar wajah!! tapi knpa warne ijo? =P

ekOnE said...

nice...keep it up!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails