Saturday, January 15, 2011

2010 - Eksplorasi Bumi Tuhan CUSG 2010 (GUNUNG CHAMAH, GUNUNG ULU SEPAT, & GUNUNG GERAH)

                                                                     PUNCAK CHAMAH
                                                                     PUNCAK ULU SEPAT
                                                                         PUNCAK GERAH
                                                       SIMPANG ULU SEPAT - GERAH
                                          PINTU KELUAR KE KG RANTAU







Bagi menutup tirai aktiviti tahun 2010, Kelab Rekreasi Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (SRCUTM) telah menjalankan satu ekspedisi pendakian ke Gunung Chamah yang terletak di negeri Kelantan dan juga Gunung Ulu-Sepat berserta Gunung Gerah yang terletak di negeri Perak.
Ekspedisi yang dijalankan selama 10 hari bagi menawan ketiga-tiga puncak gunung tersebut telah disertai oleh seramai 18 orang mahasiswa yang kesemuanya terdiri daripada ahli kelab SRCUTM.
Aktiviti yang bertemakan ‘Ekspolorasi Bumi Tuhan’ tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengalaman tentang keadaan kehidupan di hutan secara berkumpulan kepada setiap mahasiswa yang menyertai. Selain itu aktiviti ini juga adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para mahasiswa untuk menghayati keindahan alam semulajadi disamping mempelajari serba sedikit tentang hidupan seperti tumbuhan dan haiwan yang terdapat di kawasan pergunungan.
Persedian dan perancangan yang rapi telah dirangka dan dilaksanakan sebelum ekspedisi tersebut dijalankan. Sebagai contoh latihan fizikal telah dijalankan 2 bulan sebelum tarikh bermulanya ekspedisi dan ianya diwajibkan kepada setiap mahasiswa yang menyertai. Latihan fizikal adalah sangat penting bagi mempersiap dan mengukuhkan keupayaan mental dan fizikal mereka bagi menghadapi ekspedisi yang mencabar tersebut.
Latihan seperti aktiviti pra-pendakian di Gunung Bunga Buah, Cameron Highland telah diadakan sebagai satu simulasi dan pendedahan kepada para peserta kepada keadaan pendakian yang sebenar yang bakal ditempuhi. Selain memantapkan keupayaan fizikal dan mental, latihan yang diadakan turut membantu mereka membina persefahaman dan  mengenali satu sama lain dengan lebih dekat lagi.
Ekspedisi yang diketuai oleh saudara Muhammad Ikhwan Hafiz bin Zainuddin, yang juga selaku pengarah program ini membawa para peserta merasai pelbagai cabaran yang nyata menguji tahap kekuatan serta kecekalan mental dan fizikal para peserta sepanjang berlangsungnya ekspedisi pendakian.
Antara cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh mereka adalah seperti terpaksa berjalan dalam keadaan basah dan sejuk disebabkan hujan yang sering turun semasa ekspedisi berlangsung selain daripada faktor kawasan pergunungan yang berada tinggi dari aras laut.
Ahli ekspedisi juga terpaksa menghadapi cabaran bahaya apabila terpaksa melalui keaadaan jalan yang licin dan curam. Mereka juga terpaksa melintasi sungai yang berarus deras dan dalam semasa dalam perjalanan. Cabaran daripada haiwan pula, mereka terpaksa menghadapi nyamuk serta agas yang suka mengigit dan menganggu keselesaan ketika berada di tapak perkhemahan.
 Namun, dengan berbekalkan semangat serta kecekalan yang tinggi kesemua peserta telah berjaya mengharungi cabaran dan juga halangan-halangan tersebut.
Kejayaan mula dirasai apabila mereka berjaya menakluki puncak pertama. Puncak pertama yang berjaya ditakluki para peserta ialah puncak Gunung Chamah iaitu pada hari ke-2, kemudianya ialah puncak Gunung Ulu-Sepat pada hari ke-5 dan akhirnya ialah puncak Gunung Gerah pada hari ke-7.
Kejayaan menakluki ketiga-tiga puncak gunung tersebut yang secara keseluruhan dilaksanakan ahli ekspedisi yang terdiri daripada kalangan mahasiswa adalah merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Mereka merupakan kumpulan mahasiswa pertama daripada universiti tempatan yang berjaya melaksanakan ekspedisi pendakian tersebut dan sewajarnya boleh dijadikan contoh kepada para pendaki daripada universiti lain yang ingin melakukan ekspedisi tersebut.
Selain itu, ketiga-tiga buah gunung tersebut juga terkenal di kalangan para pendaki gunung di Malaysia sebagai antara yang paling mencabar dan sukar didaki. Oleh itu, Kejayaaan pelajar-pelajar tersebut telah membuktikan kepada masyarakat tentang kemampuan serta semangat cekal yang dimiliki oleh pelajar universiti tempatan bagi memburu kejayaan.
Hasil daripada aktiviti seumpama ini ianya telah dapat menghasilkan individu khususnya mahasiswa serta mahasiswi yang mempunyai semangat serta jati diri yang tinggi serta cintakan alam. Kejayaan menghadapi cabaran berbekalkan kecekalan akan dijadikan sebagai panduan untuk mereka ketika menghadapi cabaran yang ditempuhi semasa dalam tempoh pengajian dan juga selepas mereka menamatkan pengajian. Disamping itu, kesedaran dan kecintaan yang diperolehi juga akan menjadikan mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam memelihara alam persekitaran.


Akhirnya, sebagai kesimpulan diharapkan dengan penerapan nilai-nilai positif dan murni yang diperolehi hasil daripada aktiviti seumpama ini ianya akan dapat melahirkan generasi pelapis yang berani, cekal dan berketerampilan serta mampu untuk menerajui masyarakat dan negara Malaysia kearah kemajuan dan kecemerlangan yang lebih lagi.


photo lagik...klik http://www.facebook.com/album.php?aid=33872&id=100000887070559

http://www.facebook.com/album.php?aid=33886&id=100000887070559

http://www.facebook.com/album.php?id=100000887070559&aid=33997



TENTATIF EKSPEDISI BUMI TUHAN CUSG 2010



6/12/2010 (Isnin)


04.00 PM - Berkumpul di tempat  bas FAB
04.30 PM – Menaiki Bas ke Stesen KTM Gemas
08.30 PM - Dijangka tiba di Stesen KTM Gemas
                 - Solat & makan
10.30 PM – Menaiki Keretapi Ekspress Timuran ke Gua Musang



7/12/2010 (Selasa)

04.45 AM - Di jangka sampai di Stesen KTM Gua Musang
                 -  Solat Subuh & sarapan pagi
07.00 AM - Naik van ke Kuala Betis
08.00 AM - Naik 4WD ke POS Simpoh
12.00 AM - Dijangka sampai di POS Simpoh
                  - Rehat, solat, makan tengahari
01.00 PM - Memulakan perjalanan ke Kg. Rekom
05.00 PM - Dijangka sampai di Kg. Rekom.
                   Bermalam di sini.

8/12/2010 (Rabu)

06.00 AM – Solat suboh & Sarapan Pagi
08.00 AM - Mula trekking ke Kem Pakma - Kem Tengah - Kem Tongkat Ali
11.00AM - Dijangka sampai di Kem Tongkat Ali
                 - Rehat, solat, makan tengahari
12.30 PM - Mula trekking ke Puncak Chamah
05.30 PM - Dijangka sampai di Puncak Gunung Chamah
                   Bermalam di sini.





9/112/2010 (Khamis)

06.00 AM - Solat suboh & Sarapan Pagi
08.00 AM - Mula trekking turun ke Kg. Rekom
12.00 PM - Dijangka sampai di Kg Rekom
                 - Rehat, solat, makan tengahari
01.00 PM - Mula trekking ke Kem Peres.
06.00 PM - Dijangka sampai di Kem Peres
                   Bermalam di sini.


10/12/2010 (Jumaat)

06.00 AM - Solat suboh & Sarapan Pagi
08.00 AM -  Mula trekking ke Anak Peres - Kem Maggi - Kem Sempadan
12.00 PM - Dijangka sampai di Kem Sempadan
                 - Rehat, solat, makan tengahari
01.00PM - Mula trekking ke Kem Sg. Lepir
04.00 PM - Dijangka sampai di Kem Sg. Lepir, rehat dan ambil air (LWP).
04.30 PM - Mula trekking ke Puncak Ulu Sepat
07.00 PM - Dijangka sampai di Puncak Ulu Sepat,
                   Bermalam kat sini.


11/12/2010 (Sabtu)

06.00 AM - Solat suboh & Sarapan Pagi
08.00 AM - Memulakan perjalanan turun dari Puncak  Gunung Ulu Sepat.
                    Menuju turun ke Persimpangan Ulu sepat-Gerah.
12.00 PM  - Dijangka sampai di Persimpangan Ulu sepat-Gerah
                  - Rehat, solat, makan tengahari
01.00 PM - Mula trekking ke Kampung Agil
05.00 PM - Dijangka sampai di Kampung Agil
                   Bermalam di sini.




12/112/2010 (Ahad)

06.00 AM - Solat suboh & Sarapan Pagi
08.00 AM - Memulakan trekking dari kampong Agil ke Kem Sarsi.
12.00 PM  - Dijangka sampai di Kem Sarsi
                  - Rehat, solat, makan tengahari
01.00 PM - Mula trekking ke puncak Gerah
05.00 PM - Dijangka sampai di puncak Gerah
                   Bermalam di sini.



13/12/2010 (Isnin)
06.00 AM - Solat suboh & Sarapan Pagi
08.00 AM - Memulakan perjalanan turun dari Puncak  Gerah ke Kem Sarsi.
12.00 PM  - Dijangka sampai di Kem Sarsi
                  - Rehat, solat, makan tengahari
01.00 PM - Mula trekking ke Kampung Agil
05.00 PM - Dijangka sampai di Kampung Agil
                   Bermalam di sini.

14/12/2010 (Selasa)
06.00 AM - Solat suboh & Sarapan Pagi
08.00 AM - Memulakan perjalanan trekking dari kampong Agil ke KemY
12.00 PM  - Dijangka sampai di Kem Y
                  - Rehat, solat, makan tengahari
01.00 PM - Mula trekking ke Kampung Rantau
05.00 PM - Dijangka sampai di Kampung Rantau
                   Bermalam di sini.




15/12/2010 (Rabu)
06.00 AM - Solat suboh & Sarapan Pagi
08.00 AM – Menaiki 4wd ke Pos Kemar
11.00 AM  - Dijangka sampai di Pos Kemar
                  - Menaiki bot ke Jeti Trojan
                  - Rehat, solat, makan tengahari
                  - Menaiki bas ke Stesen KTM Ipoh
02.45 PM – Menaiki Tren dari Ipoh Ke KL Sentral
05.30 PM - Dijangka sampai di KL Sentral
07.00 PM – Menaiki Bas Pulang ke UTM, Skudai  
11.00 PM – Dijangka tiba di Stesen Bas FAB UTM               
11.30 PM - Bersurai



Untuk cerita perjalanan boleh lah refer pada log guider kami, miss u Eja
Log Eja Klik

4 comments:

Anonymous said...

seronok tgk gmbar..=)

xD said...

sgt berbangge ngan kalian :)

ekOnE said...

bangge jugak~~

fahmie said...

antare XPDC y aq impikan~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails