Friday, August 27, 2010

2010 - Kursus Asas Tali (KAT)

Pada 22 Ogos yang lalu, SRC telah mengadakan Kursus Asas Tali (KAT) di Kementerian Belia & Sukan (KBS) Negeri Johor di Larkin, Johor. Program yang diketuai oleh Tuan Aiman bin Tuan Azmi berjalan dengan lancar meskipun program dijalankan pada bulan Ramadhan. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPA) UTM dan seramai 22 orang telah menjalani kursus selama sehari ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempelajari asas ikatan dan sistem tali yang diguna pakai bagi tujuan rekreasi. Pada akhir program ini, peserta bukan sahaja mendapat ilmu tentang ikatan, malah dapat mencuba mendaki dinding tiruan yang terdapat di KBS tersebut.

Koperal Rashid...bukan maen~~
ikatan ape ni??
ikatan satu lengkar dua setengah belit~
Demontrasi pemasangan sistem flying fox dan demo flying fox..cayalah!
intro wall climbing dari alumni KORD~
first try dari fahmie~
waktu utk berbuka~~
aiman~pengarah program~ congrates!
our last picture of the day~ nice one!!


** credits to faris,napi & wak for the nice pictures!

Saturday, August 21, 2010

2010 - Berbuka Puasa di Tasik Ilmu

sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, ahli-ahli kelab SRC UTM telah mengadakan aktiviti berbuka puasa sesama ahli-ahli kelab yang lain...aktiviti berbuka puasa bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim di antara ahli kelab. Malah terdapat juga alumni yang datang bagi memeriahkan lagi suasana..moga ikatan yang terjalin kukuh ke akhirnya..amin~ 

makan-makan...waktu berbuka sudah masuk~
kali ke-2 berbuka bersama~ makin ramai~
kord (baju putih)~ antara alumni yang datang~ bersama wak
Say cheese! sempat bergambar sebelum balik~

Thursday, August 19, 2010

Forum Dan Facebook

SRC UTM ingin memperkenalkan link-link yang berkaitan dengan kelab ini.

1. Profile Facebook  (klik di sini)
-profile ini menjadi medium sampingan untuk berinteraksi dengan ahli-ahli kelab di Facebook

2. Group SRC UTM di Facebook (klik di sini)
- group yang mengumpulkan ahli-ahli kelab SRC UTM

3. Forum SRC UTM @ YUKU.COM (klik di sini)
-forum ini diselenggarakan oleh ahli-ahli alumni SRC UTM merangkap senior-senior yang membimbing perjalanan ahli-ahli kelab SRC UTM dan program-program kelab. Di samping itu, membincangkan masalah serta berinteraksi sesama ahli di samping mengekalkan hubungan yang terjalin~

TOTAL OUTDOOR

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails