Sunday, August 12, 2012

2012 - Abseiling & Flying Fox Berkelah

Lepas dah recce, mesti kena pergi.

Kali ini giliran Syafiq Safa'ai mengepalai xpdc ke Hutan Lipur Berkelah yang letak nya di pahang. Trip yang santai dan menghiburkan ini disertai oleh 30 orang peserta. Hutan lipur ini amat terkenal dengan keindahan air terjun 7 tingkat.

Bermula di Surau kampung berdekatan, kami menaiki lori yang sudah biasa membawa pengunjung untuk ke pintu gerbang hutan lipur berkelah.




perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke air terjun level 3 & kami berkhemah di sini.


Selepas selesai mendirikan tapak perkhemahan, kami meneruskan perjalanan ke kolam di air terjun level 5.
perjalan mengambil masa 30 minit.



Selepas makan tengahari & solat, kami melakukan aktiviti flying fox di air terjun level 3.



Kesokkan pagi, kami waterfall abseiling di air terjun level 3.




Di samping itu, ada segelintir peserta yang melakukan aktiviti air.



Sebelum pulang, kami sempat ke air tejun level 7 yang mengambil masa 1 jam dari level 3.



Sekian.

p/s : Klik sini untuk gambar-gambar yang lain.

2012 - Abseiling & Fying Fox @ Balai Cerapan

Disebabkan cuti semester yang telah memaksa ahli SRC duduk bertafakkur dirumah, aktiviti ini telah diadakan khas diawal pembukaan semester. Selain dapat mengalami sendiri aktiviti extreme ini, ahli SRC juga dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai peralatan-peralatan yang biasa diguna pakai untuk aktivi tali. Ahli SRC turut di teori kan dengan kewujudan aktiviti ini pada asalnya. Jadi, sambil tebang-terbang kutip ilmu.

Antara peserta wanita yang hadir

Buat yang pertama kali mencuba, memang sukar dan cuak untuk ke platform. Tapi, bila dah kena skali, dia naik lagi.


Macam-macam gaya ada.


aktiviti flying fox bermula lambat kerana masalah-masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Walaubagaimana pun, ia tetap menjadi keterujaan ahli SRC. Dengan kelajuan yang boleh membunuh pasti mengasyikkan.



Akhir sekali, crew-crew yang berpanas untuk menjayakan aktiviti ini.


Sekian.

2012 - Bouldering Hari Wilayah

A : Amacam? ade berani ke?
B : Wa tak kisah, lu je takut balik tangan kosong.

Berikut perbualan ringkas 2 ahli SRC yang buntu semasa cuti di rumah, Arakian, berlaku lah trip mahu dan malu.


Cerita sebenar..
Ia merupakan satu pertandingan bouldering sempena sambutan hari wilayah 2012 yang diadakan di Dataran Merdeka. Dah nama hari wilayah, mesti la tarikh nye 1hb febuari. Dengan keberanian & kecekalan yang tertanam didalam diri, 4 orang ahli SRC telah menyertai comp ini buat pertama kalinya.

Anis J.Piah.Nasir.Wakk

Format comp mudah. Route akan di set mengikut kategori. Setiap peserta diberi masa 3 minit untuk menyelesaikan problem tersebut. Setiap orang perlu melunaskan 2 problem & pemenang akan dinobatkan mengikut catatan masa terpantas. Peserta akan di isolate ketika route setter set problem. Tujuan dia tak lain tak bukan, nak kasi suprise la. Profile & handhold yang ada tape boleh pegang & pijak. Manakala, profile & handhold yang tanda 'X' hanya bole pijak sahaja.

Disebabkan 1st time masuk, kedua-dua peserta wanita SRC slumber ya-ya je tidak mendaftar di isolated zone & tengok peserta wanita lain. Nasib baik tak disqualified.


kedua-dua peserta wanita berjaya settle problem pertama mereka.


Anis J cemerlang untuk problem 2. Manakala, piah tersalah move yang menyebabkan dia terpaksa untuk 2nd attemp & berjaya.

Hat laki malas nak cite panjang, sbb dua-dua kecundang.

1st Problem

2nd Problem

tanpa disangka, seorang wakil wanita berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah buat Anis J.


Tidak lupa buat penyokong yang sunburn kerana setia menunggu hero & heroin mereka beraksi.



p/s : Sila klik sini untuk gambar selebihnya.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails