Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi,
xpdc Gunung Benum via Lata Berembun telah berjaya dijalankan pada
30mac-4april yg lalu. tahniah diucapkan kepada pengarah program Muhammad Faeez aka JOHN dan line-up benum 2014. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ajk-ajk dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
"It's not the peak we are after for, it's the story of the journey we are looking for."
'Once SRC, always SRC'
'Once SRC, always SRC'
30 Mac 2014 (Ahad)
12.00 P.M
Ahli xpdc berkumpul di perhentian bas FAB. Kemudian
bas tiba jam 1.00 PM dan kami semua bergerak ke Tol Gombak untuk menaiki bas.
2.40P.M
Kami berhenti seketika di RnR Pagoh untuk makan dan
solat.
8.20P.M
Tiba di Tol Gombak dan berjumpa dengan guide abg
shah.
9.20P.M
Bas sampai dan kami bertolak ke Raub.
10.47P.M
Tiba di Raub. Kami solat dan bermalam di masjid
tengku abu bakar.
31 Mac 2014 ( Isnin)
9.00A.M
Kami menaiki van ke kg sg.chalit
9.20A.M
Tiba di kg sg.chalit. Kami sarapan dan bungkus
makanan untuk tengah hari sambil menunggu 4 wheel yang akan membawa kami ke
Lata Berembun.
11.00 A.M
Tiba di Lata Berembun (waterpoint)
Selepas warming up, guider dan ketua expedisi, john
bagi sedikit briefing dan bacaan doa sebelum memulakan perjalanan.
12.00 P.M
Mula mendaki ke kem dingin di mana tempat kami akan
bermalam sebelum tiba ke puncak benum.
1.00P.M
Oleh sebab trek terlalu pacak, kami berhenti rehat
sekejap selama 5 minit.
1.40P.M
Berhenti di perhentian kedua untuk makan tengah hari
yang kami bungkus tadi. Selepas rehat setengah jam, kami meneruskan perjalanan
ke kem dingin.
3.00P.M
Berhenti rehat selama 5 minit.
5.00 P.M
Berhenti rehat selama 5 minit.
6.20 P.M
Sampai di kem dingin. Kami mula memasang fly bagi
lelaki dan khemah bagi perempuan dan solat. Kemudian setiap kumpulan masak
untuk makan malam.
1 April 2014 ( Selasa)
6.00 A.M
Bangun solat subuh dan sediakan sarapan dan makanan
untuk tengah hari untuk makan di puncak nanti.
9.00 A.M
Day pack ke puncak sebab kami tak bermalam di sana
jadi hanya barang yang perlu saja. Sebelum bergerak, ketua expedisi dah guider
memberi sedikit briefing.
12.20 P.M
Perhentian pertama selama 5 minit untuk hari itu.
Trek pacak dan licin sebab hujan lebat semalam.
1.50 P.M
Perhentian kedua
2.45 P.M
Sampai di puncak gunung benum. Makan tengah hari dan
hujan turun sekejap. Sesi bergambar di puncak.
4.00 P.M
Kami kemaskan barang semua siap untuk turun semula
ke kem dingin untuk bermalam di sana. Trek
agak mencabar kerana lepas hujan dan trek majoriti menurun dan licin.
6.00 P.M
Kami berhenti untuk solat. Kemudian kami meneruskan
perjalanan di malam hari. Trek agak susah dan sukar nak nampak sebab kabus dah
hujan lebat
9.45P.M
Kami tiba di Kem Dingin. Urus diri, solat dan makan.
2 April 2014 (Rabu)
6.00 A.M
Solat subuh dan sarapan. Kemas semua barang untuk
turun semula ke Lata Berembun.
10.30 A.M
Kami mula memulakan perjalanan turun ke Lata
Berembun
3.00 P.M
Sampai di Lata Berembun. Kami mandi dan masak untuk
makan tengah hari. Di Lata berembun ada air terjun yang lawa.
5.00 P.M
4 wheel sampai dan kami bergerak pulang ke kg
sg.chalit.
6.45 P.M
Sampai di kg sg.chalit
7.00 P.M
Kami bergerak ke masjid tengku abu bakar menaiki van
untuk bermalam di sana.
6.00 A.M
Urus diri dan solat subuh
7.00 A.M
Berjalan kaki ke stesen bas untuk bergerak ke
pekeliling.
9.20 A.M
Sampai di pekeliling. Menunggu bas utm untuk balik
ke utm
1.20 P.M
Berhenti di RnR ayer keroh untuk makan dan solat.
4.15 P.M
Selamat sampai di UTM.
-KOGIE-
No comments:
Post a Comment