Sunday, October 23, 2011

2011 - REVISIT PUTRAJAYA CHALLENGE PARK

Pada 21-22 hb Oktober 2011 yg lepas SRC UTM melalui Department Cycling dan Department Wall Climbing  telah berjaya menganjurkan program REVISIT PUTRAJAYA CHALLENGE PARK. Program ini adalah kesinambungan daripada program MTB & Wall Climbing PUTRAJAYA CHALLENGE PARK pada semester lepas. Program yg disertai seramai 38 mahasiswa UTM JB dan seramai 10 orang ahli SRC Alumni Edition (SRCAE)  ini merupakan program yg merangkumi dua genre outdoor games iaitu wall climbing dan mountain biking.


38 peserta program

"rider - rider !"

Antara peserta Wall Climbing

Penolong pengarah bersemangat menghabiskan route

Untuk lebih sedutan yg menarik sila ke link berikut ;
1. Link 1
2. Link 2

Total OUTDOOR - rekreasi membentuk peribadi

Thanx for viewing.

Tuesday, October 18, 2011

2011–White Water Rafting Ulu Slim, Perak

Pada 8 & 9 Oktober yang lepas, SRC UTM telah mengadakan program White Water Rafting (WWR) di Kampung Ulu Slim, Perak. Program ini telah disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli kelab dan alumni kelab serta pegawai pengiring iaitu Penasihat Kelab, Encik Zaimi bin Shaharani.

WWR di Ulu Slim, Perak ini berlangsung selama dua jam dan mempunyai pelbagai jenis jeram yang perlu ditempuhi. Sebagai contohnya iaitu Jeram Kotak yang mempunyai ketinggian antara 8 hingga 9 kaki.


sesi taklimat bersama guider

21
cabaran bermula!

20
permulaan…

untuk melihat gambar-gambar yang lain… klik di sini

ingin menyertai kami…klik di sini..

Tuesday, October 4, 2011

2011 - Jamboree Burung Hantu

Pada 1 dan 2 Oktober 2011 yg lalu, SRC UTM telah menyertai Jamboree Burung Hantu 2011 yang bertempat di UTEM, Ayer Keroh,Melaka. SRC telah menghantar penyertaan sebanyak 16 orang peserta manakala membawa 14 orang pasukan sorak(xsorak sangat pon.he3).

Sedikit info bagi yg tidak tahu apa itu Jamboree Burung Hantu, ia merupakan kayuhan malam yang disertai hampir 1800 peminat basikal gunung (MTB) dari segenap sudut Malaysia mahupun luar negara seperti Singapura, Indonesia dll yg meliputi laluan kebun getah, kelapa sawit,jalan raya,laluan kampung dan sebagainya. Penyertaan kali ini merupakan penyertaan kali kedua bagi SRC UTM selepas Jamboree Burung Hantu 2010.

Pada penyertaan kali ini, 3 orang peserta berjaya menempatkan diri dalam top100 iaitu presiden SRC, Nasirudin, Ijad dan Fifi. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran untuk jamboree kali ini. Diharapkan semoga tahun hadapan akan bertambah ramai lagi para peserta untuk melibatkan diri dalam bidang cycling. Majulah Department Cycling untuk SRC  =)

Geng Sorak

Antara riders SRC yg mengambil bahagian

1800 riders dari seluruh Malaysia dan luar negara








Sesi bergambar beramai-ramai.




*sila click SINI utk lebih banyak gambar 

HAPPY VIEWING , add us at FB , SRC CREW








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails