Tuesday, October 4, 2011

2011 - Jamboree Burung Hantu

Pada 1 dan 2 Oktober 2011 yg lalu, SRC UTM telah menyertai Jamboree Burung Hantu 2011 yang bertempat di UTEM, Ayer Keroh,Melaka. SRC telah menghantar penyertaan sebanyak 16 orang peserta manakala membawa 14 orang pasukan sorak(xsorak sangat pon.he3).

Sedikit info bagi yg tidak tahu apa itu Jamboree Burung Hantu, ia merupakan kayuhan malam yang disertai hampir 1800 peminat basikal gunung (MTB) dari segenap sudut Malaysia mahupun luar negara seperti Singapura, Indonesia dll yg meliputi laluan kebun getah, kelapa sawit,jalan raya,laluan kampung dan sebagainya. Penyertaan kali ini merupakan penyertaan kali kedua bagi SRC UTM selepas Jamboree Burung Hantu 2010.

Pada penyertaan kali ini, 3 orang peserta berjaya menempatkan diri dalam top100 iaitu presiden SRC, Nasirudin, Ijad dan Fifi. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran untuk jamboree kali ini. Diharapkan semoga tahun hadapan akan bertambah ramai lagi para peserta untuk melibatkan diri dalam bidang cycling. Majulah Department Cycling untuk SRC  =)

Geng Sorak

Antara riders SRC yg mengambil bahagian

1800 riders dari seluruh Malaysia dan luar negara








Sesi bergambar beramai-ramai.




*sila click SINI utk lebih banyak gambar 

HAPPY VIEWING , add us at FB , SRC CREW








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails