Apabila bermula sesi pengambilan mahasiswa baru, SRC UTM dan juga kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang terdapat di UTM akan dijemput untuk membuka booth bagi memberi pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan masing-masing.
Pada kali ini, booth SRC UTM terletak di booth no.7 dan pameran yang berlangsung selama dua hari iaitu 7-8 September telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa-mahasiswa baru. Hampir 400 orang mendaftar sebagai ahli baru kelab kerana berminat untuk menyertai aktiviti luar yang lasak.
Antara sebab mengapa mereka menyertai SRC UTM :
“ saya ingin mencuba aktiviti lasak kerana sebelum ini belum pernah menyertai aktiviti seperti ini lagi”
“saya dah lama menginginkan menyertai aktiviti seperti ini tapi belum pernah berpeluang untuk menyertainya lagi”

booth SRC UTM

Nasir [Presiden Kelab] menerangkan alatan-alatan yang melibatkan department dalam kelab

aktiviti yang akan datang…berminat? =)
klik di sini untuk gambar yang lebih menarik!
No comments:
Post a Comment