Saturday, February 28, 2015

XPDC CUSSGBB

Assalamualaikum & salam sejahtera para hiker sekalian. Alhamdulillah, pada 20-29 Januari 2015, Ekspedisi CUSSGBB telah berjaya dilaksanakan yang bertempat di Gerik, Perak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Pengarah program DIEN IDRIS dan juga ahli ekspedisi kerana telah menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada senior-senior dan alumni-alumni SRC yang turut turun padang bagi menjayakan dan memeriahkan suasana.

Untuk pengetahuan, Gunung Chamah dan Shoid tidak berjaya ditakluki pada ekpedisi kali ini atas sebab tertentu kerana boleh mendatangkan bahaya kepada ahli-ahli ekspedisi. Pelbagai pengalaman berharga yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

SRC Total Outdoor - 'Once SRC always SRC'.

Jomkan layan gambar-gambar yang diambil sepanjang ekspedisi berlangsung ok. Enjoy!

Pengarah program




















Friday, October 31, 2014

XPDC Chabang Tiga, Besar & Pukin

                        Alhamdulillah, pada 17-19 Oktober 2014 XPDC Chabang Tiga, Besar dan Pukin telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di daerah Segamat melalui Pekan Labis. Tahniah kepada Tuan pengarah Luqman  dan ajk2 pelaksana kerana berjaya melaksanakan xpdc ini.Tahniah juga kepada para peserta kerana berjaya menawan gunung cabang 3,besar, dan pukin.tidak lupa juga terima kasih kpd alumni (srcae) bagi memeriahkan xpdc ini.Semoga xpdc ini menjadi titik tolak untuk menjadi pengiat rekreasi. One SRC Always Src. Total Outdoor.






Puncak Pukin





KAR 2014

               Alhamdulillah,Kursus Asas Rekreasi (KAR) berjaya dilaksanakan pada 25-27 September 2014 yang lalu. KAR merupakan satu program daripada SRC yang bertujuan memperkenalkan SRC dan juga mendedahkan asas-asas dalam rekreasi luar bertepatan dengan prinsip SRC- Total Outdoor kepada mahasiswa mahasiswi yang baru.
Tahniah kepada pengarah, saudara Mohamad Syafiq.  
Kursus ini memperkenalkan keempat empat department iaitu 
Department Climbing, Department Trekking, Department Water dan Department Cycling.




Orienteering


Cycling


Frisbee time :)

Tree Climb

Flying Fox

KAYAK

haaa ni pengarah kite
once SRC always SRC :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails