Pada 23 dan 24 Oktober yang lepas, SRC telah mengadakan ekspedisi buckle-up untuk pendaki-pendaki ekspedisi Chamah-Ulu Sepat-Gerah sebagai langkah persediaan. Ekspedisi yang melibatkan seramai lebih 25 orang peserta turut melibatkan peserta dari Universiti Teknikal Melaka. Ekspedisi dirempuh dengan penuh mencabar apabila hujan mula membasahi bumi.