Pada 28 Jun hingga 2 Julai
yang lalu, SRC telah menganjurkan Ekspedisi Gunung Bu-Yung (Korbu & Gayung)
yang bertempat di Ulu Kinta, Perak. Ekspedisi ini disertai oleh 13 orang
peserta termasuk beberapa orang alumni. Pengarah program ekspedisi kali ini
ialah Cik Kamalizah Yusuf. Tahniah kepada pengarah dan peserta kerana berjaya
menjalankan ekspedisi Bu-Yung ini. Tidak lupa kepada ketua ekspedisi Saudara
Zulhelmi(semut) kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua
ekspedisi dengan jayanya.Terima kasih juga kepada AJK yang membantu sepanjang
ekspedisi ini berlangsung. Berikut adalah tentatif Ekspedisi Bu-Yung 2012 :
Persiapan sebelum bertolak |
Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan |
28 Jun 2012
1700 : bertolak dari
perhentian bas FAB ke Kl Sentral
2130 : tiba di Kl Sentral.
SOlat,makan dan menunggu ketibaan kereta api.
2255 : kereta api tiba dan
bergerak menuju ke Stesen Kereta Api Ipoh
29 Jun 2012
0205 : tiba di stesen
kereta api Ipoh. Tunggu guide
0340 : bergerak ke masjid
AN-Nur sebelum ke Empangan Sultan Azlan Shah.
0800 : Menaiki 4x4 ke
Empangan Sultan Azlan Shah
0935 : tiba di Sungai
Termin. Diberi taklimat ringkas oleh guide. Warming-up dan bacaan doa sebelum
memulakan pendakian.
1220 : Tiba di Air Terjun
Sungai Termin. Makan tengah hari.
1400 : Bertolak menuju ke
kem Seroja
1500 : Tiba di kem Seroja.
Mendirikan fly dan khemah. Rehat dan masak makan malam
2300 : Tidur
30 Jun 2012
0630 : bangun tidur, solat
dan bersiap untuk memulakan pendakian.
0900 : memulakan pendakian
ke Kem Kijang. Trek mudah dilalui. Melayan pacat di kawasan sekeliling.
1030 : Tiba di kem Kijang.
Berehat sebelum meneruskan perjalan ke Kem Kecuban (last water point)
1050 : meneruskan
pendakian ke Kem Kecuban. Fizikal dan mental peserta diuji apabila berhadapan
dengan “bukit jahanam”, bukit pacak securam 85 darjah
1225 : tiba di kem Kem
Kecuba. Makan tengah hari
1400 : meneruskan
pendakian ke Bukit Botak
1510 : tiba di Bukit
Botak. Merupakan puncak tipu sebelum tiba di Puncak Korbu yang sebenar.
Meneruskan perjalanan ke Puncak Korbu. Sekali lagi peserta diuji dengan
keupayaan “climbing” kerana terdapat laluan mencanak yang perlu didaki, laluan
batu-batuan. Kebanyakan trek berhampiran Puncak Korbu diselaputi lumut.
1725 : Tiba di Puncak
Korbu. Rehat dan sesi mengambil gambar sebelum meneruskan pendakian.
1800 : meneruskan
perjalanan ke Puncak Gayong. Para peserta terpaksa berjalan pada waktu malam.
Trek yang licin dan lecak serta hujan dan gelap membataskan perjalanan.
2030 : tiba di Puncak
Gayong. Mendirikan fly dan khemah. Riak kegembiraan
jelas terpancar pada wajah setiap peserta kerana Berjaya menawan Gunung Gayong.
1 Julai 2012
0630 : Persiapan sebelum
memulakan perjalan pulang ke Kem Seroja. Aktiviti wajib sebelum pulang ialah
sesi bergambar.
0905 : memulakan
perjalanan ke Puncak Korbu sebelum ke Kem Seroja.
1140 : tiba di Puncak
Korbu
1200 : meneruskan
perjalanan ke Kem Kecuban.
1400 : tiba di Kem
Kecuban. Rehat dan makan tengah hari.
1520 : bertolak ke Kem Kijang
1730 : Tiba di kem Seroja.
Memasang fly dan khemah
2 Julai 2012
0630 : persiapan untuk
pulang.
1000 : bergerak pulang ke
starting point.
1035 : berehat di di
Sungai termin
1100 : meneruskan
perjalanan ke starting point.
1230 : tiba di starting
point
1430 : bergerak ke KTM
Ipoh
1800 : kereta api bertolak
menuju ke Kl Sentral
2130 : tiba di Kl Sentral.
3 Julai 2012
0300 : tiba di perhentian
bas FAB. Bersurai.
Tahniah diucapkan kepada pengarah serta peserta kerana berjaya menawan puncak Korbu dan Gayung. Semoga aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan lagi kesyukuran kita pada Yang Maha Esa. InsyaALLAH....
Lebih banyak gambar di :
No comments:
Post a Comment