Wednesday, October 3, 2012

2012 : Pameran Kelab sempena MTM 2012 (Dataran Agora)


Pada 5 dan 6 September lalu, SRC telah menyertai pameran kelab-kelab UTM di Datarn Agora bersempena dengan Minggu Transformasi Mahasiswa 2012. Pameran ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan SRC kepada mahasiswa baru. Pameran yang berlangsung selama dua hari berturut-turut ini telah menarik ramai ahli baru untuk menyertai SRC. Seramai 380 mahasiswa telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelab. Ini menunjukkan bahawa aktiviti outdoor semakin digemari di kalangan masyarakat.

Semasa pameran, ahli-ahli lama SRC bertungkus-lumus memastikan booth SRC dikunjungi pelajar. Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sanggup pulang awal ke UTM demi memastikan pameran ini berjalan lancar. Ini menunjukkan bahawan mereka mempunyai semangat dan tanggungjawab terhadap kelab dan sanggup berkorban demi kelab. Semangat ini seharusnya dicontohi oleh ahli-ahli baru.



Isi janggan tak isi


Booth SRC


Promote


Sesi bercerita


Edar flyers

Bakal S.U + bakal presiden

Target perempuan jerr...


Dengar ceramah

Ramai


Semoga dengan pameran seperti ini dapat memperkenalkan SRC di kalangan mahasiswa baru. Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua ahli SRC yang menjayakan pameran ini. ONCE SRC, ALWAYS SRC


2012 : Ekpedisi Bu-Yung (Korbu + Gayung)


Pada 28 Jun hingga 2 Julai yang lalu, SRC telah menganjurkan Ekspedisi Gunung Bu-Yung (Korbu & Gayung) yang bertempat di Ulu Kinta, Perak. Ekspedisi ini disertai oleh 13 orang peserta termasuk beberapa orang alumni. Pengarah program ekspedisi kali ini ialah Cik Kamalizah Yusuf. Tahniah kepada pengarah dan peserta kerana berjaya menjalankan ekspedisi Bu-Yung ini. Tidak lupa kepada ketua ekspedisi Saudara Zulhelmi(semut) kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua ekspedisi dengan jayanya.Terima kasih juga kepada AJK yang membantu sepanjang ekspedisi ini berlangsung. Berikut adalah tentatif Ekspedisi Bu-Yung 2012 :


Persiapan sebelum bertolak



Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan


28 Jun 2012

1700 : bertolak dari perhentian bas FAB ke Kl Sentral
2130 : tiba di Kl Sentral. SOlat,makan dan menunggu ketibaan kereta api.
2255 : kereta api tiba dan bergerak menuju ke Stesen Kereta Api Ipoh


29 Jun 2012

0205 : tiba di stesen kereta api Ipoh. Tunggu guide
0340 : bergerak ke masjid AN-Nur sebelum ke Empangan Sultan Azlan Shah.
0800 : Menaiki 4x4 ke Empangan Sultan Azlan Shah


0935 : tiba di Sungai Termin. Diberi taklimat ringkas oleh guide. Warming-up dan bacaan doa sebelum memulakan pendakian.


1220 : Tiba di Air Terjun Sungai Termin. Makan tengah hari.



1400 : Bertolak menuju ke kem Seroja
1500 : Tiba di kem Seroja. Mendirikan fly dan khemah. Rehat dan masak makan malam
2300 : Tidur

30 Jun 2012

0630 : bangun tidur, solat dan bersiap untuk memulakan pendakian.
0900 : memulakan pendakian ke Kem Kijang. Trek mudah dilalui. Melayan pacat di kawasan sekeliling.



1030 : Tiba di kem Kijang. Berehat sebelum meneruskan perjalan ke Kem Kecuban (last water point)
1050 : meneruskan pendakian ke Kem Kecuban. Fizikal dan mental peserta diuji apabila berhadapan dengan “bukit jahanam”, bukit pacak securam 85 darjah
1225 : tiba di kem Kem Kecuba. Makan tengah hari


1400 : meneruskan pendakian ke Bukit Botak
1510 : tiba di Bukit Botak. Merupakan puncak tipu sebelum tiba di Puncak Korbu yang sebenar. Meneruskan perjalanan ke Puncak Korbu. Sekali lagi peserta diuji dengan keupayaan “climbing” kerana terdapat laluan mencanak yang perlu didaki, laluan batu-batuan. Kebanyakan trek berhampiran Puncak Korbu diselaputi lumut.
1725 : Tiba di Puncak Korbu. Rehat dan sesi mengambil gambar sebelum meneruskan pendakian.



1800 : meneruskan perjalanan ke Puncak Gayong. Para peserta terpaksa berjalan pada waktu malam. Trek yang licin dan lecak serta hujan dan gelap membataskan perjalanan.
2030 : tiba di Puncak Gayong. Mendirikan fly dan khemah.  Riak kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap peserta kerana Berjaya menawan Gunung Gayong.

1 Julai 2012

0630 : Persiapan sebelum memulakan perjalan pulang ke Kem Seroja. Aktiviti wajib sebelum pulang ialah sesi bergambar.
0905 : memulakan perjalanan ke Puncak Korbu sebelum ke Kem Seroja.
1140 : tiba di Puncak Korbu


1200 : meneruskan perjalanan ke Kem Kecuban.
1400 : tiba di Kem Kecuban. Rehat dan makan tengah hari.
1520  : bertolak ke Kem Kijang
1730 : Tiba di kem Seroja. Memasang fly dan khemah

2 Julai 2012

0630 : persiapan untuk pulang.
1000 : bergerak pulang ke starting point.
1035 : berehat di di Sungai termin
1100 : meneruskan perjalanan ke starting point.
1230 : tiba di starting point
1430 : bergerak ke KTM Ipoh
1800 : kereta api bertolak menuju ke Kl Sentral
2130 : tiba di Kl Sentral.

3 Julai 2012

0300 : tiba di perhentian bas FAB. Bersurai.

Tahniah diucapkan kepada pengarah serta peserta kerana berjaya menawan puncak Korbu dan Gayung. Semoga aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan lagi kesyukuran kita pada Yang Maha Esa. InsyaALLAH....


Lebih banyak gambar di :





Tuesday, October 2, 2012

2012 : Kursus Asas Rekreasi 2012






Pada 15 hingga 17 September yang lepas, SRC telah menganjurkan aktiviti tahunan untuk ahli-ahli baru SRC iaitu Kursus Asas Rekreasi bertempat di Survival Camp, Hutan Rekreasi UTM. Seramai 40 ahli baru telah menyertai kursus ini dan 12 orang fasi serta lima orang urusetia telah menjayakan kursus ini. 

Antara aktviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah jungle trekking, mountain biking, kayak, orienteering, masakan rimba dan night walk. Untuk KAR'12 hanya lapan orang sahaja peserta perempuan manakala selebihnya adalah peserta lelaki. Diharapkan ahli-ahli baru SRC dapat melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti SRC dan seterusnya dapat memegang amanah dan tanggungjawab untuk memimpin kelab pada masa akan datang. 

Antara matlamat utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada ahli-ahli baru SRC tentang basic camping atau cara untuk survive di dalam hutan. Selain itu, SRC juga berharap dapat mengumpulkan seberapa ramai penggemar aktiviti outdoor dan dapat bersama-sama menjalankan aktiviti outdoor dan bertukar ilmu. Di samping itu, diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara ahli baru dan ahli lama serta alumni SRC.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah KAR'12 iaitu Mr Presiden SRC, Saudara Nasiruddin (jambul). Tidak lupa kepada semua MTMJK, fasi dan ahli SRC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan kursus ini. 

Fasilitator : 

1. Rehan
2. Qayyum
3. Pia
4. Jas
5. Anis Kecik
6. Anis Nadrah
7. Fatihah
8. Ummi
9. Syafiq (Bulat)
10. Akmal Junior
11. Izyan Balqis (Ies Qiz)
12. Latiff





Baru sampai

Dengar taklimat











Presiden yang tak reti duduk diam


Takut air ke??


Taklimat sebelum masakan rimba


Warming up sebelum kayak

Walaupun dalam hutan, suruhan ALLAH jangan lupa


Pres study dalam hutan



wewwitttt


Gambar kenangan peserta + fasi + urusetia  + alumnii


Fasi + Urusetia + Alumni



Diharapkan peserta KAR'12 mendapat input atau ilmu yang dapat digunakan pada masa akan datang. Jangan serik untuk menyertai aktiviti SRC yang akan datang. ONCE SRC, ALWAYS SRC.



Lebih banyak gambar di Facebook Src :

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.469203389785893.105796.100000887070559&type=3

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.471952832844282.106435.100000887070559&type=3


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails