Tuesday, October 2, 2012

2012 : Kursus Asas Rekreasi 2012






Pada 15 hingga 17 September yang lepas, SRC telah menganjurkan aktiviti tahunan untuk ahli-ahli baru SRC iaitu Kursus Asas Rekreasi bertempat di Survival Camp, Hutan Rekreasi UTM. Seramai 40 ahli baru telah menyertai kursus ini dan 12 orang fasi serta lima orang urusetia telah menjayakan kursus ini. 

Antara aktviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah jungle trekking, mountain biking, kayak, orienteering, masakan rimba dan night walk. Untuk KAR'12 hanya lapan orang sahaja peserta perempuan manakala selebihnya adalah peserta lelaki. Diharapkan ahli-ahli baru SRC dapat melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti SRC dan seterusnya dapat memegang amanah dan tanggungjawab untuk memimpin kelab pada masa akan datang. 

Antara matlamat utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada ahli-ahli baru SRC tentang basic camping atau cara untuk survive di dalam hutan. Selain itu, SRC juga berharap dapat mengumpulkan seberapa ramai penggemar aktiviti outdoor dan dapat bersama-sama menjalankan aktiviti outdoor dan bertukar ilmu. Di samping itu, diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara ahli baru dan ahli lama serta alumni SRC.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah KAR'12 iaitu Mr Presiden SRC, Saudara Nasiruddin (jambul). Tidak lupa kepada semua MTMJK, fasi dan ahli SRC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan kursus ini. 

Fasilitator : 

1. Rehan
2. Qayyum
3. Pia
4. Jas
5. Anis Kecik
6. Anis Nadrah
7. Fatihah
8. Ummi
9. Syafiq (Bulat)
10. Akmal Junior
11. Izyan Balqis (Ies Qiz)
12. Latiff





Baru sampai

Dengar taklimat











Presiden yang tak reti duduk diam


Takut air ke??


Taklimat sebelum masakan rimba


Warming up sebelum kayak

Walaupun dalam hutan, suruhan ALLAH jangan lupa


Pres study dalam hutan



wewwitttt


Gambar kenangan peserta + fasi + urusetia  + alumnii


Fasi + Urusetia + Alumni



Diharapkan peserta KAR'12 mendapat input atau ilmu yang dapat digunakan pada masa akan datang. Jangan serik untuk menyertai aktiviti SRC yang akan datang. ONCE SRC, ALWAYS SRC.



Lebih banyak gambar di Facebook Src :

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.469203389785893.105796.100000887070559&type=3

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.471952832844282.106435.100000887070559&type=3


Saturday, September 8, 2012

2011 - ROCKTRIP WALL NYAMUK


Seramai 7 orang ahli die hard SRC telah menjelajah ke ibu kota demi untuk mencari ketenangan yang sudah lama diidam-idamkan. Bermula lah perjalanan mencari ketenangan ini di tengah malam yang sepi. 




Dataran Merdeka & Bangunan KTMB KL menjadi saksi keberadaan mereka ini dengan hajat yang besar.Ya, cukup besar.

Setelah selesai semua perkara yang wajib, sunat & harus bagi setiap muslim. Tibalah mereka di sini.........


Mereka terpaksa menggunakan teknologi pengangkutan kuno selama lebih tak kurang 5 minit untuk sampai ke tebing batu tersebut.

Di ingatkan sekali lagi, tempat ini bernama wall nyamuk...



Nyamuk memang masalah besar di sini kerna nyamuk nya besar-besar. Walaubagaimana pun, masalah ini bole diselesaikan dalam linkungan masa 15-30 minit mengikut ketebalan kulit.

Tanpa membuang masa, mereka terus mencari apa yang mereka seperlunya cari.






Langkah pertama mereka adalah dengan menghantar seorang hero yang memang tidak asing lagi dikalangan gadis-gadis di taman permainan berdekatan.



Berikut adalah aksi-aksi yang sempat dirakam oleh kamera litar tertutup. 

Sebagai penutup, Bukit Langat menjadi tawanan mereka.





Sekian.



p/s : untuk lebih memahami cerpen ini, sila berkunjung ke album facebook SRC.





2012 - This Means War

Aktiviti hujung minggu datang lagi. Kali ini kami pergi main paintball pula. Paintball, SRC tak boleh setup sendiri sebab tak ada peralatan & kepakaran. So, SRC berkunjung ke paintball arena di Taman Impian Emas.

Program ini telah disertai oleh 21 orang yang ketaq tangan nak main paintball. So, bahagi kepada 4 kumpulan
1. Season
2. Lipas
3. Koma n The Geng
4.Pia Ho

Rule dia mudah je. Bile dah kena marker,dikira out. Team boleh menang dengan bunuh semua team lawan ataupun bawak balik bendera ke bunker sendiri.

Taklimat keselamatan dari petugas.

Lipas 
Koma & The Geng

Season (sbb seme reput belake)

Pia Ho
Dah nama SRC, memang berbakat semula jadi semua. Ada yang terbang, crawl, flip, open fire, fire in the hole,head shot,bird shot.Macam-macam ada.

birdshot 
kamikaze

strategy

play safe

ayu first

headshot

Harap akan datang lebih ramai akan turut serta dalam aktiviti riadah seperti ini.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails