Sunday, July 22, 2018

2018 - Multi-pitch Climbing at Takun


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Setelah sekian lama blog ni berdebu akhirnya diupdate sekejap. Pada hari 21/7/2018. 3 orang ahli SRC, Naqib, Mael dan Yoi telah pergi ke bukit Takun untuk multi-pitch climbing. Route yang mereka climb diberi nama 2000 Steps bertempat di Big Hole Section. Ikuti gerak perjalanan yang diceritakan oleh salah seorang ahli tersebut di bawah ini.

…………
Pagi yang sunyi dikejutkan dengan bunyi alarm yang nyaring. Melihat jam 5.55 pagi, aku gagahkan diri untuk mandi. Selesai bersiap, aku mengambil powil dan memandunya di atas jalan raya. Pagi itu lebuh raya persekutuan agak lengang. Ditemani siaran lagu dari radio yang agak mendayu, sedar tak sedar dah sampai di KL Sentral. Melihat jam sudah pukul 7 pagi. Naqib masih belum naik ktm lagi. Parking di bahu jalan aku cucuh sebatang surya dan bermain game. 7.30 pagi Naqib call mengatakan dia dah sampai di KL Sentral. Steady mamat ni bawa beg2 dipenuhi barang climb naik ktm. Naqib kemudian dilantik menjadi co-pilot bagi menavigasi perjalanan ke Kuang untuk mengambil Naib presiden sesi hadapan, Yoi. Setengah jam kemudian, kami tiba di hadapan rumahnya. Ternyata Yoi masih diselubungi mimpi. Sementara menunggu, aku ditanya oleh si bapa Yoi ke mana kami mahu pergi. Di sini aku mula sangsi, adakah permit Yoi lulus atau tidak sebenarnya. 10 minit menunggu, akhirnya Yoi masuk ke dalam powil.

Sebelum langsung pergi ke Templer Park (lokasi bukit Takun), kami singgah sebentar di warung pak Sarip. Tapau makanan apa yang patut untuk sarapan dan tengah hari. Selesai beli makanan, cari air pula di kedai runcit berdekatan. Si Yoi ni mencadangkan aku untuk lalu LATAR untuk ke Templer Park. Ramai pula geng berbasikal yang berkayuh dekat LATAR. Aku dah mula keliru, bukankah basikal tak boleh berada di lebuhraya? Dua tol dilalui, yang berharga RM 2.50 setiap satu. Keras betul harganya. Nasib ada orang sponsor duit tol. Kikiki. 30 minit kemudian, sampailah kami di pondok pengawal dekat kaki bukit Takun. (Info: naik climb dekat bukit Takun, kena melalui kawasan perumahan orang kaya yang dijaga oleh security. Daftar dulu di pondok security sebelum boleh masuk. Kereta tak dibenarkan bawa masuk kawasan perumahan ni. Parking keta dekat kawasan pondok security sahaja. Kemudian kena jalan kaki ke kaki bukit Takun.)

Ada dua buah kereta yang baru sahaja parking berhampiran dengan pondok security. Dalam hati doa supaya mereka ni panjat route lain. Takda la nak berebut nanti. Haha. Seorang mat salleh, dua lagi cina. Gaya mcm pro jadi tak mungkin naik route 2000 steps ni. Dapat parking terus, persiapkan barang untuk dibawa ke starting point. Persoalan yang sukar adalah siapa nak bawa tali? Orang-orang tua selalu berkata yang orang lebih muda, lebih banyak tenaga. Disebabkan yoi lebih muda, jadi yoi la jadi tanker kali ni. Jalan kaki melalui kawasan perumahan ni adalah dalam 15 minit. Dalam perjalanan, Max (seekor anjing) telah terlepas dari pagar rumah hujung jalan. Berekor kembang, badan sebesar kambing dan berbulu hitam telah berlari ke arah kami sambil menyalak. Terus terberhenti kami dibuatnya. Si Max ni berhenti dalam 20 m dari kami. Slow-slow kami jalan mendekatinya. Mujur tuan si Max ni panggil Max masuk rumah. Fuh lega.

Sampai hujung jalan tar, mula la azab yang sebenar. Kena trekking masuk hutan. 30 minit trekking + 2 kali ‘take 5’ sampailah dekat section granite base. Yoi kokap habis sebab beban yang berat, tali + barang besi. Mujur mamat ni tak koyak. 10 minit lagi perjalanan sampailah dekat big hole section. Aku dengan Naqib sampai dulu, barulah si Yoi ni sampai beberapa minit kemudian. Cantik tiada orang. Sampai je, si Yoi ni terus beristinjak. Rehat jap 10 minit, barulah kami start get ready untuk climb. 10.45, Naqib memulakan sesi memanjat dengan target terus ke anchor ke-2. (Info: route ni ada 5 anchor). Yoi orang kedua panjat dan akulah orang terakhir. Dari anchor ke-2 terus ke anchor ke-4, masih lagi Naqib lead dan Yoi kemudiannya. Sampai kat giliran aku kat sini wujudnya masalah. Tali yang diorang campak tak sampai kat aku. 3 kali percubaan barulah berjaya. Kesian diorang, mesti penat tarik tali tu balik. Keke. Anchor ke-4 ni tak best beb. Tak rata langsung. Sakit pinggang hanging. Giliran memanjat masih sama untuk ke anchor terakhir. Dalam pukul 3 petang, semua selamat tiba di puncak bukit takun. Yeah!! Dekat puncak kami berehat selama sejam untuk makan, solat dan bergambar. View dari puncak route ni kurang sikit dari route sebelah. Pukul 4, kami start turun, pukul 5.30 petang, semua selamat berada di atas tanah semula.

Yoi: second climber

Pitch 3

Last anchor, last pitch

Puncak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails