Assalamualaikum & salam sejahtera para hiker sekalian. Alhamdulillah, pada 20-29 Januari 2015, Ekspedisi CUSSGBB telah berjaya dilaksanakan yang bertempat di Gerik, Perak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Pengarah program DIEN IDRIS dan juga ahli ekspedisi kerana telah menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada senior-senior dan alumni-alumni SRC yang turut turun padang bagi menjayakan dan memeriahkan suasana.
Untuk pengetahuan, Gunung Chamah dan Shoid tidak berjaya ditakluki pada ekpedisi kali ini atas sebab tertentu kerana boleh mendatangkan bahaya kepada ahli-ahli ekspedisi. Pelbagai pengalaman berharga yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
SRC Total Outdoor - 'Once SRC always SRC'.
Jomkan layan gambar-gambar yang diambil sepanjang ekspedisi berlangsung ok. Enjoy!
Pengarah program |