Pada 6
hingga 11 April yang lepas, SRC telah menganjurkan XPDC TRANS INAS 2012 yang
bertempat di Selama,Perak. Ekspedisi ini telah disertai oleh 20 orang ahli SRC iaitu
tiga peserta perempuan dan selebihnya adalah peserta lelaki dan seorang alumni
iaitu Saudara Ikhwan Hafiz(wark). Ekspedisi ini telah dijalankan pada cuti
semester yang lepas. Tahniah diucapkan kepada pengarah program iaitu Cik
Nurkhaledah binti Othman. Ketua ekspedisi bagi program ini ialah Saudara Aizzuddin..
Walapun terdapat beberapa masalah seperti ketibaan kereta api yang lewat dari
masa yang sepatutnya, para peserta yang injured, night walk, pacat yang
menyebabkan ramai peserta mental, namun semua peserta berjaya mendaki dan turun
dengan selamat. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Saudari Sharida
Johari @ari iaitu alumni SRC kerana
menaja makan malam para peserta setelah mereka turun. Tidak lupa, terima kasih
kepada guide yang sangat sporting iaitu Abg Mali kerana melayan kerenah
peserta. Tahniah sekali lagi kepada semua peserta yang menjayakan ekspedisi
kali ini. Berikut ialah tentatif
sepanjang program berlangsung :
sebelum bertolak
6 April 2012 (Jumaat)
1500 : para
peserta berkumpul di Perhentian bas FAB. Taklimat dari ketua ekspedisi. Bacaan
doa oleh ahli baru SRC. Bertolak ke KL Sentral.
2130 : tiba
di KL Sentral. Solat dan makan. Tengah makan ada alumni SRC datang. (John
Calavera, Ajis, Khalid). Kereta api sepatutnya
pada jam 11.00 namun jam 1 baru sampai. Pukul dua baru bertolak dari KL
Sentral. (Aktiviti wajib budak-budak SRC dalam train ialah main UNO)
7 April 2012(Sabtu)
0800 : tiba
di Stesen Kereta Api Taiping (sepatutnya dijangka tiba adalah pada jam 5a.m).
Jalan kaki untuk ke Terminal Bas Taiping untuk ke Selama.
0830 : tiba
di terminal bas Taiping. Tpara peserta tukar pakaian dan sarapan sementara
menunggu bas “loncat”.
0940 :
Menaiki bas untuk ke Selama.
1040 : Tiba
di Pekan Selama. Jumpa guide iaitu Abg Mali.
1100 : 4x4
sampai. Peserta lelaki angkat haversack dan meneruskan perjalanan ke Empangan
Sungai Seputeh. Disebabkan kelewatan kereta api, pengarah terpaksa ubah
tentative. Makanan tengah hari dibeli di warung berdekatan.
1147 : tiba
di Empangan Sungai Seputih. Makan tengah hari sebelum memulakan pendakian.
Warming up dan memulakan pendakian ke Kem Samar Gagak. Di awal
perjalanan,peserta melalui kawasan kebun pisang. Setelah lebih kurang setengah
jam, para peserta mula diganggu oleh
pacat. Trek tidak jelas dan dipenuhi lalang. Menurut guide, Trans Inas sudah
dua tahun tidak dilalui.
1430 : Tiba
di Sungai Samar Gagak. Rehat. Bergambar dan sesi membuang pacat. Setelah
10minit, perjalanan diteruskan semula untuk ke Kem Samar Gagak.
1815 : Tiba
di Kem Samar Gagak. Pasang fly dan khemah. Kem tersebut dipenuhi pacat yang
sangat
banyak. Peserta solat dan mula memasak.
tiba di stesen kereta api taiping
dalam bas loncat
warming up sebelum memulakan pendakian
rehat
8 April 2012
0600 :
Bangun tidur, solat dan mula masak sarapan.
0900 :
Warming up dan taklimat ringkas oleh guide sebelum start trekking. Perjalanan
ke kem seterusnya iaitu Kem Gempak Kijang. Halangan yang dilalui oleh peserta
ialah trek menurun sejauh 100meter dan bercerun 85 darjah. Selain itu, peserta
terpaksa mengharungi trek berbatu besar sepanjang sungai dan river crossing
sebanyak 7-8 kali.
1430 : makan
tengah hari di Sg Samar Gagak. Cuaca panas terik.
1830 : Tiba
di Kem Gempak Kijang. Pasang fly da mendirikan khemah. Kem dipenuhi dengan
pokok-pokok tumbang dan pacat.
2000 : Mula
memasak dan makan malam.
9 April 2012
0600 :
Bangun tidur, solat dan mula masak sarapan
0900 :
Warming up dan taklimat oleh ketua ekspedisi. Memulakan pendakian ke Puncak
Gunung Titiwangsa
1000 : Trek
tidak jelas dan mencanak. Tiada waterpoint sepanjang perjalanan. Trek juga
dipenuhi dengan lumput dan peserta dapat melihat tapak kaki gajah sepanjang
perjalanan.
1430 : Tiba
di Puncak Gunung Titiwangsa. Masak tengah hari. Makan dan sesi bergambar.
15.30 :
memulakan pendakian ke Gunung Inas. Trek dipenuhi dengan selut dan duri. Trek
juga merupakan laluan gajah dan harimau. Tapak harimau dan kawasan harimau
berehat juga kelihatan. Para peserta harus melalui tiga puncak untuk sampai ke
Puncak Gunung Inas. Hujan renyai-renyai menyebabkan trek bertambah licin dan
perkara biasa bila ada peserta yang jatuh ke dalam lumpur atau kaki tenggelam
di dalam lumpur.
1900 : Tiba
di Puncak Gunung Inas. Tergambar keceriaan pada wajah para peserta terutamanya
peserta yang dibelakang. Suhu pada ketika itu ialah 14 degree celcius. Mula
memasang fly dan khemah. Keaadan kem sangat kotor. Terdapat banyak sampah
seperti plastic, tin makanan dan botol sedikit mencacatkan pemandangan. Peserta agak kecewa dan masing-masing
meluahkan rasa kesal.
2100 : Masak
dan makan malam. Peserta ambil kesempatan berborak. Guide turut join. Pukul
satu baru semua peserta masuk tidur.
bergambar di puncak
10 April 2012
0600 :
Bangun tidur, solat dan mula masak sarapan
0900 : Sesi
bergambar bersama guide dan ahli kumpulan. Warming up dan taklimat oleh ketua
ekspedisi. Memulakan perjalan turun ke Kem Sg Lawin. 30 minit perjalanan. Trek
sangat licin dan mencabar ketahanan para peserta. Hujan mula turun dan
menyebabkan trek bertambah licin.
1330 :
Kumpulan pertama tiba di Kem Sg Lawin. Mula memasak sementara menunggu kumpulan
belakang. Hujan rintik-rintik. Setelah satu jam, kelihatan kumpulan belakang
tiba.
1530 :
memulakan perjalanan ke Taman Rekreasi Lawin. Peserta terpaksa melalui trek
balak yang landai tapi penuh dengan pacat. Banyak kawasan tanah runtuh
kelihatan dan peserta perlu meniti kayu balak yang licin.
1900 : Tiba
di Sungai Lawin. Sungai yang pada asalnya tidak laju menjadi deras disebabkan
hujan lebat. Peserta terpaksa berhenti sementara Abg Mali memikirkan
alternative lain untuk melintasi sungai. Selepas setengah jam, Abg Mali tebang
pokok untuk membolehkan peserta melepasi sungai dengan selamat kerana air
sungai pada masa itu sangat deras. Abg Mali cross sungai beberapa kali untuk
membawa haversack peserta perempuan. Selepas satu jam, kesemua peserta berjaya
menyeberangi sungai dengan selamat. Abg Mali memberi sedikit taklimat tentang
perjalanan seterusnya. Peserta dinasihatkan supaya bergerak laju dan tidak
berpecah.
2200 :
Peserta tiba di Taman Rekreasi Lawin. Makan malam pada malam itu ditaja
sepenuhnya oleh ari.
11 APRIL 2012
0600 :
bersiap sedia untuk berangkat pulang. Dari Taman Rekreasi Lawin, peserta
berjalan kaki menuju ke jalan utama dan perlu menaiki bas untuk ke Lenggong
sebelum ke Stesen Kereta Api Kuala Kangsar. Dari Lawin, perjalanan mengambil
masa sejam setengah untuk tiba di Lenggong. Dari Terminal bas Lenggong, peserta
mengambil bas lain untuk ke Kuala Kangsar. Dari Lenggong ke Kuala Kangsar
mengambil masa selamasatu jam. Tiba di Kuala Kangsar, makan tengah hari dan
berjalan kaki menuju ke Stesen Kereta Api K.Kangsar.
1400 :
sementara menunggu ketibaan kereta api, sesetengah peserta mengambil kesempatan
bersiar-siar di Bandar K.Kangsar.
1700 :
kereta api tiba. Meneruskan perjalanan ke KL Sentral. Aktiviti wajib,main kad.
2100 : Tiba
di KL Sentral. Menaiki bas bergerak pulang ke UTM
12 APRIL 2012
0400 : Tiba
di Perhentian Bas FAB.
Lebih banyak gambar di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.383807664992133.88683.100000887070559&type=3