Berikut adalah log sepanjang perjalanan ke Puncak Rajah :
JUMAAT (25 NOVEMBER 2011)
10.00 P.M. : Para peserta xpdc berkumpul di perhentian bas FAB. Kemudian, bas tiba jam 11 dan kami memulakan perjalanan ke kaki Gunung Rajah
4.30 A.M. : Kami berhenti seketika di Petronas Bentong. Jumpa guide iaitu abg faizal, abg gman n k.diza. Teruskan perjalanan ke kaki Gunung Rajah
5.30 A.M. : Tiba di Masjid Bentong, solat subuh.
SABTU (26 NOVEMBER 2011)
6.30 A.M. : Bertolak dari Masjid Bentong ke Kaki Gunung Rajah. Bas xdpt masuk hingga ke tempat parking sbb pak cik bas xberani. Jalan sempit katanya. Kami jalan dari tmpt bas berhenti sampai tapak nak memulakan pendakian.
7.00 A.M : Tiba di Kaki Gunung Rajah. Yad dan Sapek iaitu alumni SRC yg tiba lebih awal telah siap sedia menyambut kedatangan kami. Semua bersiap untuk masak sarapan pagi. Menu terpaksa ditukar berikutan kesuntukan masa.
8.00 A.M. : Selepas warming up, K.Diza bagi taklimat tentang perjalanan hari ini. Menurut k.diza, trek yg akan dilalui pada hari ini adalah trek balak dan sedikit saja trek yg mencanak. selain itu,kami juga akan melalui perkampungan orang asli. Ketua xpdc menyusun ahli2 xpdc dlm turutan yg telah disediakan dan selepas bacaan doa oleh Tuan Aiman, kami memulakan misi untuk menakluk Gunung Rajah.
Sebelum memulakan pendakian
9.30 A.M. : kami tiba di Pintu Rimba Gunung Rajah. Di situ terdapat kawasan lapang yang sangat besar dan tanahnya adalah tanah merah. Kami berehat sementara menunggu beberapa peserta yg masih belum tiba. Selepas 15 minit, guide suruh kami berkumpul dan abg gman, guide kami yg kedua, bagi sedikit taklimat. Treak akan sedikit mencabar selepas ini.
11.20 A.M. : Kami tiba di Sungai Y/Chagar. Di sini kami perlu menyeberangi sungai. Peserta perempuan dilepaskan dahulu. Cuaca pada masa nie baik. Panas. Tak nampak lagi tanda-tanda nak hujan.
12.50 A.M. : Kami tiba di Lata Naning. Sebuah kawasan air terjun yang sangat cantik dan sesuai untuk mandi-manda. Peserta lelaki tidak melepaskan peluang untuk main air manakala peserta perempuan memulakan aktiviti masak tengah hari. Pada ,masa ini hujan mulai renyai-renyai.
2.00 P.M : Bersiap-siap untuk bertolak ke Kem Hijau.
4.00 P.M : Tiba di Kem Hijau. Cuaca hujan. Ketika kami tiba di Kem Hijau, terdapat group lain yang telah tiba lebih awal. Keadaan campsite agak padat. Hujan semakin lebat menyebabkan plan untuk menawan puncak terpaksa ditangguhkan ke esok pagi.
6.00 P.M : Aktiviti memasak makan malam. Cuaca masih hujan.
10.00 P.M : Makan malam dan membuat persiapan untuk tidur. Peserta lelaki macam biasa. aktiviti bawah fly. Peserta wanita sudah mula melelapkan mata kerana pagi esok pendakian ke puncakakan dimulakan pada jam 4 pagi.
4.00 A.M : Para peserta telah bersiap-siap utk mendaki puncak.
5.30 A.M : Tiba di satu tempat yang agak curam.memerlukan kami mendaki menggunakan tali. Sangat mencabar kerana batu-batu yang agak licincdan sangat mencanak. Tapi semua peserta berjaya mendaki dengan selamat.
7.00 A.M : Berhenti solat subuh. Matahari sudah mula terbit.
7.30 A.M : Pendakian ke puncak diteruskan. Trek semakin mencabar.
8.00 A.M : Kami tiba di puncak Gunung Rajah. Disebabkan kelewatan sampai ke puncak, menyebabkan kami tidak dapat menikmati pemandangan indah dari puncak kerana cuaca berawan dan berkabus. Sesi bergambar dan makan pagi. Terdapat beberapa kumpulan yang mengambil peluang masak megi,ada yang makan roti kaya jee..
Bergambar di Puncak Rajah
Alumni yang turut serta
11.00A.M : Tiba di kem Hijau. Peserta mula memasak. Sementara yang lain,mengemas. Cuaca ketika ini,agak cerah.
1.00 P.M : Setelah siap mengemas, kami bersedia untuk memulakan perjalanan turun ke Lata Naning
3.00 P.M : Tiba di Lata Naning. Berehat sebentar sementara menunggu peserta yang tertinggal di belakang.Meneruskan perjalanan. Para peserta perlu melintasi sungai dan batu-batu besar.
4.00 P.M : Tiba di Sungai Y/Chagar. Para peserta mengambil kesempatan utk mandi dan solat.
4.30 P.M : Meneruskan perjalanan turun ke kaki Gunugn Rajah. Trek licin.Cuaca baik.
5.30 P.M : Tiba di kaki Gunung Rajah. *Ada sorang brother baik hati. Dia tumpangkan peserta dengan 4wd sepanjang trek balak. Ada peserta yang nasib baik,dptla naik,ada yang jalan kaki.
6.20 P.M : Semua peserta selamat sampai. Bersiap-siap untuk pulang. Cuaca mulai gelap.
7.30 P.M : Bus tiba dan memulakan perjalanan pulang ke UTM
3.00A.M : Tiba di UTM.
Lebih banyak gambar :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.295255640514003.71745.100000887070559&type=3