Wednesday, September 21, 2011

2011– Kursus Asas Rekreasi

Pada 16-18 September 2011, SRC UTM telah mengadakan Kursus Asas Rekreasi untuk mahasiswa-mahasiswa yang baru sahaja mendaftar masuk ke universiti.

Kursus ini diadakan bagi mendedahkan info-info mengenai dunia outdoor kepada peminat outdoor serta memberi peluang kepada mereka untuk merasai aktiviti lasak. Aktiviti yang diadakan berdasarkan department-department yang ada dalam organisasi kelab iaitu Trekking Department, Cycling Department, Climbing Department dan juga Water Department.

Antara aktiviti lasak yang diadakan adalah Night Walk, Orienteering, Kayaking, Mountain Biking, Flying Fox, dan bermacam-macam lagi. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah berjaya menarik minat mahasiswa-mahasiswa baru untuk melibatkan diri dalam aktiviti outdoor yang akan datang.


KAR 2011


sesi mempelajari ikatan asas untuk mendirikan fly


flying fox~


mountain biking

untuk gambar yang lebih menarik? klik di sini

berminat untuk sertai kami? klik di sini!

Wednesday, September 14, 2011

2011 - Tyrolean Traverse (Kinabalu Version)

Pernahkah anda semua mendengar perkataan Tyrolean Traverse ini? Dalam dunia rekreasi, Tyrolean Traverse adalah salah satu cabang dalam rekreasi melibatkan tali…

Tyrolean traverse is a method of crossing through free space between two high points on a rope without a hanging cart or cart equivalent.

Tyrolean traverse adalah kaedah menyeberangi melalui ruang yang bebas di antara dua mata tinggi pada tali tanpa cart tergantung atau bersamaan cart.

Pada baru-baru ini, ahli kelab rekreasi turut ingin mencuba aktiviti Tyrolean traverse ini dengan mempraktikkannya bersama ahli kelab yang lain.


cubaan membuat sistem Tyrolean traverse


Wawan turut mencuba buat pertama kalinya

 

Ingin melihat aksi-aksi ahli kelab yang lain? klik di sini

Tuesday, September 13, 2011

2011 – Pameran Kelab SRC UTM Sempena Minggu Transfomasi Mahasiswa (MTM)

Apabila bermula sesi pengambilan mahasiswa baru, SRC UTM dan juga kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang terdapat di UTM akan dijemput untuk membuka booth bagi memberi pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan masing-masing.

Pada kali ini, booth SRC UTM terletak di booth no.7 dan pameran yang berlangsung selama dua hari iaitu 7-8 September telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa-mahasiswa baru. Hampir 400 orang mendaftar sebagai ahli baru kelab kerana berminat untuk menyertai aktiviti luar yang lasak.


Antara sebab mengapa mereka menyertai SRC UTM :

“ saya ingin mencuba aktiviti lasak kerana sebelum ini belum pernah menyertai aktiviti seperti ini lagi”
“saya dah lama menginginkan menyertai aktiviti seperti ini tapi belum pernah berpeluang untuk menyertainya lagi”
 

booth SRC UTM

Nasir [Presiden Kelab] menerangkan alatan-alatan yang melibatkan department dalam kelab

aktiviti yang akan datang…berminat? =)
klik di sini untuk gambar yang lebih menarik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails