Pada 16 Mei 2011-20 Mei 2011,SRC UTM telah menganjurkan satu program iaitu Ekspedisi Gunung Benum..Seramai 14 orang telah menyertai ekspedisi ini dengan diketuai oleh Muhamad Nasiruddin. Tahniah kepada Pengarah program ini iaitu Kamalizah Yusuf kerana telah mengendalikan program ini dengan sebaik mungkin.
Serba sedikit mengenai Gunung Benum ini ialah :
-ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut.
-gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia.
-boleh didaki menerusi 3 cara iaitu dari Sungai Klau di Raub,dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang Asli di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2-3 jam manakal pendakian yang agak sukar dan jauh menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.
Untuk ekspedisi ini SRC UTM telah memilih laluan menerusi Kampung Ulu Cheka. Ada pihak mengatakan laluan ini 3 kali lebih susah dari Gunung Tahan.
Berikut adalah log perjalanan ke Puncak Gunung Benum :
-boleh didaki menerusi 3 cara iaitu dari Sungai Klau di Raub,dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang Asli di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2-3 jam manakal pendakian yang agak sukar dan jauh menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.
Untuk ekspedisi ini SRC UTM telah memilih laluan menerusi Kampung Ulu Cheka. Ada pihak mengatakan laluan ini 3 kali lebih susah dari Gunung Tahan.
Berikut adalah log perjalanan ke Puncak Gunung Benum :
ISNIN (16 May 2011)
3.30 P.M. : Ahli2 xpdc berkumpul dan bergerak ke perhentian bas di FAB. Kemudian,kami menaiki bas UTM dan b'gerak ke Stesen Keretapi Gemas. Keadaan masa tu hujan lebat.
7.15 P.M. : Tiba di Gemas. Kami menuju ke Stesen Keretapi Gemas. Masing2 menunaikan solat dan ada yang kemaskinikan beg masing2.. Kemudian,sementara tunggu KTM sampai,..kami gerak ke restoran KFC untuk menjamu selera.
11.05 P.M. : KTM ke Jerantut telah smpai. Masing-masing mengambil tempat duduk yang telah ditetapkan. Perjalanan dari Gemas ke Jerantut mengambil masa selama 3 jam.
2.54 A.M. : Tiba di Jerantut,Pahang. Kami berkumpul di suatu tmpat sementara menunggu 4 wheel sampai untuk ke Kampung Ulu Cheka.
3.10 A.M. : Tidak seperti yang di jangka.4 wheel yang akan membawa kami ke Kampung ULu Cheka telah sampai lebih cepat. Mengikut ketua xpdc,4 wheel akan tiba pada pkul 7 pagi.
4.00 A.M. : Selama 1 jam perjalanan ke Kampung Ulu Cheka. Kemudian kami sambung tidur di masjid yang berdekatan.
SELASA (17 MAY 2011)
6.00 A.M. : Kami bangun dari tido dan bersiap serta solat. Kemudian,kami bersama-sama duduk di kumpulan masing2 untuk masak sarapan pada pagi itu.
8.05 A.M. : Menunggu untuk menaiki 4 wheel untuk ke tmpt permulaan pendakian.
9.00 A.M. : sume telah smpai di tmpat permulaan pendakian,.. sesi briefing ringkas dri guider,ketua xpdc serta warm up sblm memulakan xpdc,.. Bacaan doa agar xpdc ni berjalan dgn lncar,.
10.35 A.M. : Perhentian pertama setelah penat berjalan. Trek agak mencanak...mula-mula lagi sudah mencanak,.rasa agak tercabar yer,. Setelah berehat selama 5 minit,kami smbung smula perjlnan,..
12.15 P.M. : Berhnti pula di Kem Jenaris. Masak untuk makan tengahari dan solat. Sepanjang perjalanan tadi,.kaki penuh dgn pacat. Almaklumlah,di dalam hutan. Kami perlu buang rasa geli itu pada pacat.
2.00 P.M. : Upbag,..sambung perjalanan naik,..
2.40 P.M. : Sampai di Kem Jeneruh. Rehat 5 minit lagi kerana selepas ini perjalanan agak sukar. Perjalanan ke Gunung Lilin mengambil masa 7 jam dari tempat kami berhenti. Sepanjang perjalanan ke Gunung Lilin,.macam-macam berlaku,. Ada yang krem kaki,simpul biawak,sesak dada lah. Keadaan trek agak sukar pada masa itu.
4.30 P.M. : Tiba di Kem Bukit Damar,.. masing-masing berehat selama 5 minit setelah menempuh 1 jam perjalanan. Ada juga yang mengisi air dari sungai yang berdekatan sebagai bekalan sepanjang perjalanan ke Gunung Lilin.
7.00 P.M. : Akhirnyer kami tiba di Gunung Lilin,..
RABU (18 MAY 2011)
9.00 A.M. : Kami memulakan pendakian,..
12.15 P.M. : Tiba di Kem Batu Sandong,.. Cuaca pada masa itu,kurang baik. Hujan membasahi bumi. Ianya agak menyukarkan kami untuk masak. Walauapa pon,ianya tidak menghalang kami untuk teruskan rutin kami.
2.00 P.M. : Memulakan pendakian tuk ke destinasi yg seterusnyer iaitu Permatang Angin,..
Dalam perjalanan berlaku pula ada bebrapa orang ahli xpdc disengat oleh penyengat. Sewaktu itu,kami tidak menyedari bahawa itu adalah kawasan penyengat. Kami terpaksa berpecah kepada 2 kumpulan,di mana beberapa ahli xpdc yang berjaya melepasi kawasan penyengat tersebut meneruskan perjalanan. Manakala,beberapa orang ahli lain lagi yang tidak berjaya melepasai kawasan tersebut,terpaksa melalui jalan yang lain sambil di pandu oleh jurupandu yang ada bersama mereka.
6.30 P.M. : Kumpulan pertama smpai di Permatang Angin,.. Keadaan masa tu hujan lebat,..sejuk sangat,..mengalahkan cuaca di Gunung Lilin. 15 minit kmudian,kumpulan kedua smpai. Setibanya kami disana,kami terus pasang khemah dan flysheet,..
Di Permatang Angin,kami dapat melihat pemandangan yang cantik dari atas. Kelihatan awan tebal.Kami juga berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam dan matahari terbit.
KHAMIS (19 MAY 2011)
9.30 A.M : Upbag.. Kini,kami meneruskan pendakian ke Puncak Benum. Dalam perjalanan,kami terjumpa cacing terbesar yang pernah kami lihat. Menurut jurupandu,hanya di 2 tempat sahaja cacing besar tersebut boleh dijumpai iaitu di Gunung Benum dan Gunung Kinabalu.
10.30 A.M. : Kami berhenti di suatu tempat dan kami meninggalkan beg kami di tempat tersebut. Kami menuju puncak Benum tanpa beg kerana ianya lebih mudah.
12.15 P.M. : Tiba di puncak Benum. Hilang sekejap segala kepenatan,... Rasa amat puas,akhirnya kami tiba di Puncak Benum.
12.45 P.M. : Kami tidak mengambil masa yang lama di puncak. Hal ini kerana,kami perlu mengejar masa untuk ke destinasi yang seterusnya. Perjalanan turun dimulakan.
2.00 P.M. : Kami berhenti di sebuah sungai untuk meneruskan aktiviti rutin kami iaitu memasak dan solat sebelum meneruskan lagi perjalanan.
3.30 P.M. : Kami memulakan perjalanan turun,..kami dapati hanya 10% saja trek menaik,.manakala 90% trek menurun. Trek agak mencabar,.keadaan trek yang agak licin,kebarangkalian disebabkan lepas hujan.
7.00 P.M. : Tiba di satu campsite,..kami spent an hour untuk mkn saja. So,pada masa itu,makanan yang paling cepat disediakan hanya maggi. Keputusan telah di buat,di mana kami perlu nitewalk untuk teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Sungai Besar,...
7.00 P.M. : Tiba di satu campsite,..kami spent an hour untuk mkn saja. So,pada masa itu,makanan yang paling cepat disediakan hanya maggi. Keputusan telah di buat,di mana kami perlu nitewalk untuk teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Sungai Besar,...
Sangat mental kali ni,..keadaan trek yang agak mencabar berserta dengan keadaan yang gelap,.
1.15 A.M. : Kami tiba d Sungai Besar.... rehat,...
JUMAAT (20 MAY 2011)
10.30 A.M. : Upbag. Perjalanan turun dimulakan,..
12.30 P.M. : Kami berhenti di sebuah sungai yang sangat cntik pemandangannya. kami masak untuk makan tengahari sebelum menempuh perjalanan yang kemungkinan lebih sukar.
2.00 P.M. : Kami sambung perjalanan ke Lata Bujang. Trek macam biasa saja.
4.45 P.M. : Kami tiba di satu simpang ke Lata Bujang,..
5.30 P.M. : Kami meneruskan perjalanan ke Pos Perlok iaitu destinasi terakhir kami.
7.07 P.M. : Kami tiba di Pos Perlok,.. Perasaan pada masa itu,sukar digambarkan. Kami berasa amat lega serta teruja kerana berjaya tamatkan XPDC GUNUNG BENUM ini.
7.07 P.M. : Kami tiba di Pos Perlok,.. Perasaan pada masa itu,sukar digambarkan. Kami berasa amat lega serta teruja kerana berjaya tamatkan XPDC GUNUNG BENUM ini.
7.30 P.M. : Kami menaiki 4 wheel untuk ke Kampung Ulu Cheka,..kami menaiki bas UTM dari sana,..
9.00 P.M. : Bas tiba dan kami trus pulang ke UTM,..
3.45 A.M. : Tiba di UTM.....
Untuk lebih banyak gambar? sila ke link ini...