Tuesday, November 15, 2011

Plentong Epic Ride 2011

Pada 13 November 2011 yg lalu, SRCUTM melalui team Kaki Kayuh UTM telah menghantar seramai 12 orang peserta menyertai Plentong Epic Ride 2011 anjuran Cyclemotion JB. Tempat nya ialah sekitar kawasan Plentong berdekatan dengan balai polis Plentong. Cabaran yg dipikul kali ini lebih lasak kerana jaraknya yg lebih jauh daripada jamboree lain iaitu, 55 Km. Dengan trail yg disajikan kali ini penuh dengan single trail dan halangan sungai pasti menjanjikan cabaran kepada peserta. Sejumlah 1000+ peserta berjaya dikumpul, lebih ramai daripada Plentong Epic Ride versi yg terdahulu. Seramai 2 peserta dari Kaki Kayuh UTM berjaya menempatkan diri dalam kelompok top 100. Syabas dan Tahniah buat mereka.

Starting point
Para peserta di Starting Line
Abg Pingky, squad Alumni SRC
Para pemenang

Antara rider SRC
Untuk lebih gambar menarik ,sila click link di bawah
Link 1
Link 2
Link 3

HAPPY VIEWING ! TQVM





























Sunday, October 23, 2011

2011 - REVISIT PUTRAJAYA CHALLENGE PARK

Pada 21-22 hb Oktober 2011 yg lepas SRC UTM melalui Department Cycling dan Department Wall Climbing  telah berjaya menganjurkan program REVISIT PUTRAJAYA CHALLENGE PARK. Program ini adalah kesinambungan daripada program MTB & Wall Climbing PUTRAJAYA CHALLENGE PARK pada semester lepas. Program yg disertai seramai 38 mahasiswa UTM JB dan seramai 10 orang ahli SRC Alumni Edition (SRCAE)  ini merupakan program yg merangkumi dua genre outdoor games iaitu wall climbing dan mountain biking.


38 peserta program

"rider - rider !"

Antara peserta Wall Climbing

Penolong pengarah bersemangat menghabiskan route

Untuk lebih sedutan yg menarik sila ke link berikut ;
1. Link 1
2. Link 2

Total OUTDOOR - rekreasi membentuk peribadi

Thanx for viewing.

Tuesday, October 18, 2011

2011–White Water Rafting Ulu Slim, Perak

Pada 8 & 9 Oktober yang lepas, SRC UTM telah mengadakan program White Water Rafting (WWR) di Kampung Ulu Slim, Perak. Program ini telah disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli kelab dan alumni kelab serta pegawai pengiring iaitu Penasihat Kelab, Encik Zaimi bin Shaharani.

WWR di Ulu Slim, Perak ini berlangsung selama dua jam dan mempunyai pelbagai jenis jeram yang perlu ditempuhi. Sebagai contohnya iaitu Jeram Kotak yang mempunyai ketinggian antara 8 hingga 9 kaki.


sesi taklimat bersama guider

21
cabaran bermula!

20
permulaan…

untuk melihat gambar-gambar yang lain… klik di sini

ingin menyertai kami…klik di sini..

Tuesday, October 4, 2011

2011 - Jamboree Burung Hantu

Pada 1 dan 2 Oktober 2011 yg lalu, SRC UTM telah menyertai Jamboree Burung Hantu 2011 yang bertempat di UTEM, Ayer Keroh,Melaka. SRC telah menghantar penyertaan sebanyak 16 orang peserta manakala membawa 14 orang pasukan sorak(xsorak sangat pon.he3).

Sedikit info bagi yg tidak tahu apa itu Jamboree Burung Hantu, ia merupakan kayuhan malam yang disertai hampir 1800 peminat basikal gunung (MTB) dari segenap sudut Malaysia mahupun luar negara seperti Singapura, Indonesia dll yg meliputi laluan kebun getah, kelapa sawit,jalan raya,laluan kampung dan sebagainya. Penyertaan kali ini merupakan penyertaan kali kedua bagi SRC UTM selepas Jamboree Burung Hantu 2010.

Pada penyertaan kali ini, 3 orang peserta berjaya menempatkan diri dalam top100 iaitu presiden SRC, Nasirudin, Ijad dan Fifi. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran untuk jamboree kali ini. Diharapkan semoga tahun hadapan akan bertambah ramai lagi para peserta untuk melibatkan diri dalam bidang cycling. Majulah Department Cycling untuk SRC  =)

Geng Sorak

Antara riders SRC yg mengambil bahagian

1800 riders dari seluruh Malaysia dan luar negara








Sesi bergambar beramai-ramai.




*sila click SINI utk lebih banyak gambar 

HAPPY VIEWING , add us at FB , SRC CREW








Wednesday, September 21, 2011

2011– Kursus Asas Rekreasi

Pada 16-18 September 2011, SRC UTM telah mengadakan Kursus Asas Rekreasi untuk mahasiswa-mahasiswa yang baru sahaja mendaftar masuk ke universiti.

Kursus ini diadakan bagi mendedahkan info-info mengenai dunia outdoor kepada peminat outdoor serta memberi peluang kepada mereka untuk merasai aktiviti lasak. Aktiviti yang diadakan berdasarkan department-department yang ada dalam organisasi kelab iaitu Trekking Department, Cycling Department, Climbing Department dan juga Water Department.

Antara aktiviti lasak yang diadakan adalah Night Walk, Orienteering, Kayaking, Mountain Biking, Flying Fox, dan bermacam-macam lagi. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah berjaya menarik minat mahasiswa-mahasiswa baru untuk melibatkan diri dalam aktiviti outdoor yang akan datang.


KAR 2011


sesi mempelajari ikatan asas untuk mendirikan fly


flying fox~


mountain biking

untuk gambar yang lebih menarik? klik di sini

berminat untuk sertai kami? klik di sini!

Wednesday, September 14, 2011

2011 - Tyrolean Traverse (Kinabalu Version)

Pernahkah anda semua mendengar perkataan Tyrolean Traverse ini? Dalam dunia rekreasi, Tyrolean Traverse adalah salah satu cabang dalam rekreasi melibatkan tali…

Tyrolean traverse is a method of crossing through free space between two high points on a rope without a hanging cart or cart equivalent.

Tyrolean traverse adalah kaedah menyeberangi melalui ruang yang bebas di antara dua mata tinggi pada tali tanpa cart tergantung atau bersamaan cart.

Pada baru-baru ini, ahli kelab rekreasi turut ingin mencuba aktiviti Tyrolean traverse ini dengan mempraktikkannya bersama ahli kelab yang lain.


cubaan membuat sistem Tyrolean traverse


Wawan turut mencuba buat pertama kalinya

 

Ingin melihat aksi-aksi ahli kelab yang lain? klik di sini

Tuesday, September 13, 2011

2011 – Pameran Kelab SRC UTM Sempena Minggu Transfomasi Mahasiswa (MTM)

Apabila bermula sesi pengambilan mahasiswa baru, SRC UTM dan juga kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang terdapat di UTM akan dijemput untuk membuka booth bagi memberi pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan masing-masing.

Pada kali ini, booth SRC UTM terletak di booth no.7 dan pameran yang berlangsung selama dua hari iaitu 7-8 September telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa-mahasiswa baru. Hampir 400 orang mendaftar sebagai ahli baru kelab kerana berminat untuk menyertai aktiviti luar yang lasak.


Antara sebab mengapa mereka menyertai SRC UTM :

“ saya ingin mencuba aktiviti lasak kerana sebelum ini belum pernah menyertai aktiviti seperti ini lagi”
“saya dah lama menginginkan menyertai aktiviti seperti ini tapi belum pernah berpeluang untuk menyertainya lagi”
 

booth SRC UTM

Nasir [Presiden Kelab] menerangkan alatan-alatan yang melibatkan department dalam kelab

aktiviti yang akan datang…berminat? =)
klik di sini untuk gambar yang lebih menarik!

Monday, June 6, 2011

2011 - Recce trip to Damai Wall

Seperti menjadi lumrah ahli-ahli kelab SRC yang tak pernah kenal erti ‘duduk diam’ sekali lagi membuat satu program underground iaitu mencuba rock climbing di Batu Caves, Selangor. Dengan bantuan SRC AE [Alumni Edition] yang diketuai oleh Azizi [Ajis], program act-hock ini telah berjaya dilaksanakan! Tujuan recce trip ini diadakan adalah untuk membuat try and error section sebelum program rasmi rock trip ini diadakan pada semester hadapan.


cubaan daripada ajis


cubaan daripada Presiden Kelab, Nasir

untuk gambar yang lagi menarik? klik di sini

Thursday, May 26, 2011

2011 - XPDC Gunung Benum





Pada 16 Mei 2011-20 Mei 2011,SRC UTM telah menganjurkan satu program iaitu Ekspedisi Gunung Benum..Seramai 14 orang telah menyertai ekspedisi ini dengan diketuai oleh Muhamad Nasiruddin. Tahniah kepada Pengarah program ini iaitu Kamalizah Yusuf kerana telah mengendalikan program ini dengan sebaik mungkin.


Serba sedikit mengenai Gunung Benum ini ialah :
-ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut.
-gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia.
-boleh didaki menerusi 3 cara iaitu dari Sungai Klau di Raub,dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang Asli di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2-3 jam manakal pendakian yang agak sukar dan jauh menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.


Untuk ekspedisi ini SRC UTM telah memilih laluan menerusi Kampung Ulu Cheka. Ada pihak mengatakan laluan ini 3 kali lebih susah dari Gunung Tahan.


Berikut adalah log perjalanan ke  Puncak Gunung Benum :


ISNIN (16 May 2011)

3.30 P.M. : Ahli2 xpdc berkumpul dan bergerak ke perhentian bas di FAB. Kemudian,kami menaiki bas UTM dan b'gerak ke Stesen Keretapi Gemas. Keadaan masa tu hujan lebat.

7.15 P.M. : Tiba di  Gemas. Kami menuju ke Stesen Keretapi Gemas. Masing2 menunaikan solat dan ada yang kemaskinikan beg masing2.. Kemudian,sementara  tunggu KTM sampai,..kami gerak ke restoran KFC untuk menjamu selera.


11.05 P.M. : KTM ke Jerantut telah smpai. Masing-masing mengambil tempat duduk yang telah ditetapkan. Perjalanan dari Gemas ke Jerantut mengambil masa selama 3 jam.
2.54 A.M. : Tiba di Jerantut,Pahang. Kami berkumpul di suatu tmpat sementara menunggu 4 wheel sampai untuk ke Kampung Ulu Cheka.
3.10 A.M. :  Tidak seperti yang di jangka.4 wheel yang akan membawa kami ke Kampung ULu Cheka telah sampai lebih cepat. Mengikut ketua xpdc,4 wheel akan tiba pada pkul 7 pagi.
                  
4.00 A.M. : Selama 1 jam perjalanan ke Kampung Ulu Cheka. Kemudian kami sambung tidur di masjid yang berdekatan.

SELASA (17 MAY 2011)

6.00 A.M. : Kami bangun dari tido dan bersiap serta solat. Kemudian,kami bersama-sama duduk di kumpulan masing2 untuk masak sarapan pada pagi itu.

8.05 A.M. : Menunggu untuk menaiki 4 wheel untuk ke tmpt permulaan pendakian.

 


9.00 A.M. : sume telah smpai di tmpat permulaan pendakian,.. sesi briefing ringkas dri guider,ketua xpdc serta warm up sblm memulakan xpdc,.. Bacaan doa agar xpdc ni berjalan dgn lncar,.




10.35 A.M. : Perhentian pertama setelah penat berjalan. Trek agak mencanak...mula-mula lagi sudah mencanak,.rasa agak tercabar yer,. Setelah berehat selama 5 minit,kami smbung smula perjlnan,..

12.15 P.M. : Berhnti pula di Kem Jenaris. Masak untuk makan tengahari dan solat. Sepanjang perjalanan tadi,.kaki penuh dgn pacat. Almaklumlah,di dalam hutan. Kami perlu buang rasa geli itu pada pacat.
 2.00 P.M. : Upbag,..sambung perjalanan naik,..

2.40 P.M. : Sampai di Kem Jeneruh. Rehat 5 minit lagi kerana selepas ini perjalanan agak sukar. Perjalanan ke Gunung Lilin mengambil masa 7 jam dari tempat kami berhenti. Sepanjang perjalanan ke Gunung Lilin,.macam-macam berlaku,. Ada yang krem kaki,simpul biawak,sesak dada lah. Keadaan trek agak sukar pada masa itu.


4.30 P.M. : Tiba di Kem Bukit Damar,.. masing-masing berehat selama 5 minit setelah menempuh 1 jam perjalanan. Ada juga yang mengisi air dari sungai yang berdekatan sebagai bekalan sepanjang perjalanan ke Gunung Lilin. 
7.00 P.M. : Akhirnyer kami tiba di Gunung Lilin,..
Uruskan diri,solat dan masak,..Keadaan di Gunung Lilin sejuk tapi masih terkawal.


 
RABU (18 MAY 2011)

9.00 A.M. : Kami memulakan pendakian,..
12.15 P.M. : Tiba di Kem Batu Sandong,.. Cuaca pada masa itu,kurang baik. Hujan membasahi bumi. Ianya agak menyukarkan kami untuk masak. Walauapa pon,ianya tidak menghalang kami untuk teruskan rutin kami.  

 
2.00 P.M. : Memulakan pendakian tuk ke destinasi yg seterusnyer iaitu Permatang Angin,..
Dalam perjalanan berlaku pula ada bebrapa orang ahli xpdc disengat oleh penyengat. Sewaktu itu,kami tidak menyedari bahawa itu adalah kawasan penyengat. Kami terpaksa berpecah kepada 2 kumpulan,di mana beberapa ahli xpdc yang berjaya melepasi kawasan penyengat tersebut meneruskan perjalanan. Manakala,beberapa orang ahli lain lagi yang tidak berjaya melepasai kawasan tersebut,terpaksa melalui jalan yang lain sambil di pandu oleh jurupandu yang ada bersama mereka.



6.30 P.M. : Kumpulan pertama smpai di Permatang Angin,.. Keadaan masa tu hujan lebat,..sejuk sangat,..mengalahkan cuaca di Gunung Lilin. 15 minit kmudian,kumpulan kedua smpai. Setibanya kami disana,kami terus pasang khemah dan flysheet,..
Di Permatang Angin,kami dapat melihat pemandangan yang cantik dari atas. Kelihatan awan tebal.Kami juga berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam dan matahari terbit.
 


KHAMIS (19 MAY 2011)

9.30 A.M : Upbag.. Kini,kami meneruskan pendakian ke Puncak Benum. Dalam perjalanan,kami terjumpa cacing terbesar yang pernah kami lihat. Menurut jurupandu,hanya di 2 tempat sahaja cacing besar tersebut boleh dijumpai iaitu di Gunung Benum dan Gunung Kinabalu.


10.30 A.M. : Kami berhenti di suatu tempat dan kami meninggalkan beg kami di tempat tersebut. Kami menuju puncak Benum tanpa beg kerana ianya lebih mudah.

12.15 P.M. : Tiba di puncak Benum. Hilang sekejap segala kepenatan,... Rasa amat puas,akhirnya kami tiba di Puncak Benum.

12.45 P.M. : Kami tidak mengambil masa yang lama di puncak. Hal ini kerana,kami perlu mengejar masa untuk ke destinasi yang seterusnya. Perjalanan turun dimulakan.

2.00 P.M. : Kami berhenti di sebuah sungai untuk meneruskan aktiviti rutin kami iaitu memasak dan solat sebelum meneruskan lagi perjalanan.

3.30 P.M. : Kami memulakan perjalanan turun,..kami dapati hanya 10% saja trek menaik,.manakala 90% trek menurun. Trek agak mencabar,.keadaan trek yang agak licin,kebarangkalian disebabkan lepas hujan.

7.00 P.M. : Tiba di satu campsite,..kami spent an hour untuk mkn saja. So,pada masa itu,makanan yang paling cepat disediakan hanya maggi. Keputusan telah di buat,di mana kami perlu nitewalk untuk teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Sungai Besar,...
Sangat mental kali ni,..keadaan trek yang agak mencabar berserta dengan keadaan yang gelap,.
1.15 A.M. : Kami tiba d Sungai Besar.... rehat,...


 
JUMAAT (20 MAY 2011)

10.30 A.M. : Upbag. Perjalanan turun dimulakan,..


12.30 P.M. : Kami berhenti di sebuah sungai yang sangat cntik pemandangannya. kami masak untuk makan tengahari sebelum menempuh perjalanan yang kemungkinan lebih sukar.

 

2.00 P.M. : Kami sambung perjalanan ke Lata Bujang. Trek macam biasa saja.

4.45 P.M. : Kami tiba di satu simpang ke Lata Bujang,..

5.30 P.M. : Kami meneruskan perjalanan ke Pos Perlok iaitu destinasi terakhir kami.

7.07 P.M. : Kami tiba di Pos Perlok,.. Perasaan pada masa itu,sukar digambarkan. Kami berasa amat lega serta teruja kerana berjaya tamatkan XPDC GUNUNG BENUM ini.


7.30 P.M. : Kami menaiki 4 wheel untuk ke Kampung Ulu Cheka,..kami menaiki bas UTM dari sana,..

9.00 P.M. : Bas tiba dan kami trus pulang ke UTM,..

3.45 A.M. : Tiba di UTM.....


Untuk lebih banyak gambar? sila ke link ini...

Tuesday, May 24, 2011

2011 - Study Week Nite Ride

Pada 20 April 2011,SRC UTM telah mengadakan kayuhan malam yang bermula dari Tasik UTM ke Stulang. Kemudian,patah balik semula ke UTM. Aktiviti ini telah mendapat sambutan hangat dari ahli-ahli SRC UTM,tidak lupa juga dari ahli-ahli kayuh. Tahniah kepada pengarah program ini iaitu Hazwan@Wawan kerana telah menganjurkan aktiviti ini.


Lebih gambar lagi,.. KLIK DI SINI

Thursday, April 28, 2011

2011 - MTB & WALL CLIMBING PCP

Pada 12 Mac 2011 yang lalu, SRCUTM telah menganjurkan program Mountain Bike (MTB) dan Wall Climbing bertempat di Putrajaya Challenge Park (PCP). Seramai 35 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli baru dan lama SRCUTM. Untuk peserta MTB, sebanyak RM10 dikenakan sebagai yuran yang meliputi makan tengahari, sijil dll. Manakala bagi peserta Wall climbing, yuran sebanyak RM15 dikenakan meliputi makan tenghari, yuran masuk, yuran peminjaman belay device, kasut dll. Berikut adalah antara gambar-gambar program ini. CHECK  THIS OUT

Pagi di Masjid Putrajaya
Perkongsian ilmu oleh salah seorang alumni, Ajis
Salah satu route yang dipilih pada hari kejadian
Bakat baru 
Sesi bergambar beramai-ramai
Antara basikal-basikal peserta
Take 5 di dalam trail PCP
Sesi MTB untuk wanita
Antara yang menyahut cabaran
View yang cantik !


Untuk lebih banyak gambar ? Sila ke link ini

Terima kasih kerana membaca. Do drop your comments. Salam rekreasi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails