Tuesday, December 28, 2010

2010 - Kayuhan Terang Malam

   Aktiviti yang diadakan oleh kelab turut melibatkan aktiviti riadah bersama ahli-ahli kelab tidak mengira waktu. Untuk aktiviti kayuhan malam ini, kelab telah menjemput seberapa ramai kaum hawa untuk menyertai kayuhan ini. Kayuhan ini hanya melibatkan kaum hawa yang mahu mencuba berkayuh di waktu malam dengan melalui laluan jalanraya di sekitar kampus UTM. Seramai hampir 20 orang ahli kelab wanita telah menyertai kayuhan ini dan turut dimeriahkan oleh ahli-ahli kelab lelaki yang lain. Aktiviti yang bermula jam 11 malam berakhir pada jam  2 pagi.
antara yang terlibat malam tersebut...sebelum kayuhan..
kayuhan bermula..kayuh..jangan tak kayuh~
berehat sebentar...letih~
skuad marshall yang setia di belakang~

untuk gambar yang lebih menarik sila klik di sini

Friday, December 10, 2010

2010 - Jamboree Burung Hantu, Melaka

Pada 30 Oktober 2010 yang lepas, SRC UTM turut tak ketinggalan untuk menyertai jamboree pada waktu malam yang dianjurkan oleh Environment Cycling Club. Lebih 1500++ orang dari serata pelusuk dunia telah menyertai jamboree ini. Jamboree Burung Hantu ini telah disertai oleh  peserta dari UTM sendiri. Dengan usaha dan keyakinan yang ada, para peserta dari UTM dapat menamatkan kayuhan masing-masing di bawah angka 1000th. Tahniah diucapkan!

penyokong yang setia memberi sokongan!
antara rider-rider malam itu
1500++ peserta!
sebelum kayuhan bermula
tahniah kepada nasir yang mendapat tempat ke-89 dari 1500++ orang!!
tahniah kepada rider-rider
untuk gambar yang lebih menarik? sila klik di sini

2010 - Annual Grand Meeting (AGM)

Pada 30 Oktober 2010, selesailah sudah tugas MTMJK SRC UTM 2010 menjalankan tugas, mengadakan program untuk kelab yang tercinta. Segala program dan perkara berbangkit dihujahkan di dalam mesyuarat agung ini. Lebih dari 30 ahli kelab datang untuk menjalankan tugas untuk memilih MTMJK 2011 yang baru. Anugerah bagi pengarah terbaik bagi sesi 2010 turut diadakan bagi menghargai pengarah yang telah menjalankan program dengan jayanya!.Dengan undian tertinggi, saudara mohd nasiruddin bin mhd shamsir telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Kelab yang baru. Tahniaj diucapkan!

Antara ahli kelab yang hadir

sesi perletakan jawatan MTMJK 2010 
calon-calon MTMJK 2011
pengarah program terbaik 2010..tahniah khalid!
sesi pemberian kunci bilik kleab kepada MTMJK 2011

untuk gambar yang lebih menarik, sila klik di sini

Monday, October 25, 2010

2010 - Buckle up for CUS G (Gunung Bunge Buah)

Pada 23 dan 24 Oktober yang lepas, SRC telah mengadakan ekspedisi buckle-up untuk pendaki-pendaki ekspedisi Chamah-Ulu Sepat-Gerah sebagai langkah persediaan. Ekspedisi yang melibatkan seramai lebih 25 orang peserta turut melibatkan peserta dari Universiti Teknikal Melaka. Ekspedisi dirempuh dengan penuh mencabar apabila hujan mula membasahi bumi.

sebelum mendaki
bergambar di dalam perjalanan
hujan membasahi puncak
untuk gambar yang lebih menarik? sila klik di sini! dan di sini juga!

2010 - White water rafting

Pada 16 & 17 oktober 2010




2010 - Konvo (jualan bunge) 201o

Pada 4-6 oktober 2010


2010 - Jamuan raya Src 2o10

Raya datang menjelma lagi. Kali ini, SRC turut bersama untuk meraikan hari yang penuh gembira bersama-sama ahli-ahli kelab dan juga alumni kelab. Kunjung mengunjung ke rumah ahli kelab yang terdekat menjadi tradisi pada tiap-tiap tahun bagi kelab ini. Malah, rumah terbuka yang dianjurkan oleh kelab SRC turut diadakan pada 2 Oktober 2010 untuk menyambut hari raya yang bermakna ini. Semoga hubungan antara semua kekal hingga ke akhirnya.




2010 - MTB race at Uitm segamat...

pada 18 september 2010




2010 - XPDC gunung datok

Pada 4&5 september 2010...puase bukan penghalang~



Sunday, September 19, 2010

2010 - Jamuan Berbuka Puasa Warga SRC UTM



Sempena cuti kemerdekaan pada 31 Ogos yang lepas, SRC tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama ahli-ahli kelab dan alumni kelab serta penasihat kelab. Majlis yang diadakan pada setiap tahun itu didatangi oleh ahli-ahli kelab dan alumni kelab yang hampir mencecah 100 orang. Majlis yang dipimpin oleh Saudari Izzuanie binti Ibrahim itu penuh kesederhanaan tetapi meriah diraikan dengan kesyukuran di Pusat Latihan UTM. Majlis yang diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara ahli-ahli kelab dan alumni kelab jua di samping memupuk nilai islamik di dalam diri masing-masing.


meja pendaftaran~
jejaka tidak sabar untuk berbuka puasa~ 

pengerusi majlis : bibie dan latif..
presiden kelab yang begitu......
en.zaimi selaku penasihat kelab turut hadir
masa untuk makan....jemput-jemput~
banyak makan..tanpa memikirkan diet~ 
makan-makan...sambil mengeratkan ukhuwah~
wanie~ dua dari kiri selaku pengarah..congrates!
sesi bergambar dengan ahli kelab

** credits to wak dan napi utk gambar yg cantek!..harap hubungan antara kita kekal selamanya..amin~

Friday, August 27, 2010

2010 - Kursus Asas Tali (KAT)

Pada 22 Ogos yang lalu, SRC telah mengadakan Kursus Asas Tali (KAT) di Kementerian Belia & Sukan (KBS) Negeri Johor di Larkin, Johor. Program yang diketuai oleh Tuan Aiman bin Tuan Azmi berjalan dengan lancar meskipun program dijalankan pada bulan Ramadhan. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPA) UTM dan seramai 22 orang telah menjalani kursus selama sehari ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempelajari asas ikatan dan sistem tali yang diguna pakai bagi tujuan rekreasi. Pada akhir program ini, peserta bukan sahaja mendapat ilmu tentang ikatan, malah dapat mencuba mendaki dinding tiruan yang terdapat di KBS tersebut.

Koperal Rashid...bukan maen~~
ikatan ape ni??
ikatan satu lengkar dua setengah belit~
Demontrasi pemasangan sistem flying fox dan demo flying fox..cayalah!
intro wall climbing dari alumni KORD~
first try dari fahmie~
waktu utk berbuka~~
aiman~pengarah program~ congrates!
our last picture of the day~ nice one!!


** credits to faris,napi & wak for the nice pictures!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails