Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Setelah sekian lama blog ni berdebu akhirnya diupdate
sekejap. Pada hari 21/7/2018. 3 orang ahli SRC, Naqib, Mael dan Yoi telah pergi
ke bukit Takun untuk multi-pitch climbing. Route yang mereka climb diberi nama
2000 Steps bertempat di Big Hole Section. Ikuti gerak perjalanan yang
diceritakan oleh salah seorang ahli tersebut di bawah ini.
…………
Pagi yang sunyi dikejutkan dengan bunyi alarm yang nyaring.
Melihat jam 5.55 pagi, aku gagahkan diri untuk mandi. Selesai bersiap, aku
mengambil powil dan memandunya di atas jalan raya. Pagi itu lebuh raya persekutuan
agak lengang. Ditemani siaran lagu dari radio yang agak mendayu, sedar tak
sedar dah sampai di KL Sentral. Melihat jam sudah pukul 7 pagi. Naqib masih
belum naik ktm lagi. Parking di bahu jalan aku cucuh sebatang surya dan bermain
game. 7.30 pagi Naqib call mengatakan dia dah sampai di KL Sentral. Steady
mamat ni bawa beg2 dipenuhi barang climb naik ktm. Naqib kemudian dilantik
menjadi co-pilot bagi menavigasi perjalanan ke Kuang untuk mengambil Naib
presiden sesi hadapan, Yoi. Setengah jam kemudian, kami tiba di hadapan
rumahnya. Ternyata Yoi masih diselubungi mimpi. Sementara menunggu, aku ditanya
oleh si bapa Yoi ke mana kami mahu pergi. Di sini aku mula sangsi, adakah
permit Yoi lulus atau tidak sebenarnya. 10 minit menunggu, akhirnya Yoi masuk
ke dalam powil.
Sebelum langsung pergi ke Templer Park (lokasi bukit Takun),
kami singgah sebentar di warung pak Sarip. Tapau makanan apa yang patut untuk
sarapan dan tengah hari. Selesai beli makanan, cari air pula di kedai runcit
berdekatan. Si Yoi ni mencadangkan aku untuk lalu LATAR untuk ke Templer Park.
Ramai pula geng berbasikal yang berkayuh dekat LATAR. Aku dah mula keliru,
bukankah basikal tak boleh berada di lebuhraya? Dua tol dilalui, yang berharga
RM 2.50 setiap satu. Keras betul harganya. Nasib ada orang sponsor duit tol.
Kikiki. 30 minit kemudian, sampailah kami di pondok pengawal dekat kaki bukit
Takun. (Info: naik climb dekat bukit
Takun, kena melalui kawasan perumahan orang kaya yang dijaga oleh security.
Daftar dulu di pondok security sebelum boleh masuk. Kereta tak dibenarkan bawa
masuk kawasan perumahan ni. Parking keta dekat kawasan pondok security sahaja.
Kemudian kena jalan kaki ke kaki bukit Takun.)
Ada dua buah kereta yang baru sahaja parking berhampiran
dengan pondok security. Dalam hati doa supaya mereka ni panjat route lain.
Takda la nak berebut nanti. Haha. Seorang mat salleh, dua lagi cina. Gaya mcm
pro jadi tak mungkin naik route 2000 steps ni. Dapat parking terus, persiapkan
barang untuk dibawa ke starting point. Persoalan yang sukar adalah siapa nak
bawa tali? Orang-orang tua selalu berkata yang orang lebih muda, lebih banyak
tenaga. Disebabkan yoi lebih muda, jadi yoi la jadi tanker kali ni. Jalan kaki
melalui kawasan perumahan ni adalah dalam 15 minit. Dalam perjalanan, Max
(seekor anjing) telah terlepas dari pagar rumah hujung jalan. Berekor kembang,
badan sebesar kambing dan berbulu hitam telah berlari ke arah kami sambil menyalak.
Terus terberhenti kami dibuatnya. Si Max ni berhenti dalam 20 m dari kami.
Slow-slow kami jalan mendekatinya. Mujur tuan si Max ni panggil Max masuk
rumah. Fuh lega.
Sampai hujung jalan tar, mula la azab yang sebenar. Kena
trekking masuk hutan. 30 minit trekking + 2 kali ‘take 5’ sampailah dekat section
granite base. Yoi kokap habis sebab beban yang berat, tali + barang besi. Mujur
mamat ni tak koyak. 10 minit lagi perjalanan sampailah dekat big hole section.
Aku dengan Naqib sampai dulu, barulah si Yoi ni sampai beberapa minit kemudian.
Cantik tiada orang. Sampai je, si Yoi ni terus beristinjak. Rehat jap 10 minit,
barulah kami start get ready untuk climb. 10.45, Naqib memulakan sesi memanjat
dengan target terus ke anchor ke-2. (Info: route ni ada 5 anchor). Yoi orang
kedua panjat dan akulah orang terakhir. Dari anchor ke-2 terus ke anchor ke-4,
masih lagi Naqib lead dan Yoi kemudiannya. Sampai kat giliran aku kat sini
wujudnya masalah. Tali yang diorang campak tak sampai kat aku. 3 kali percubaan
barulah berjaya. Kesian diorang, mesti penat tarik tali tu balik. Keke. Anchor
ke-4 ni tak best beb. Tak rata langsung. Sakit pinggang hanging. Giliran
memanjat masih sama untuk ke anchor terakhir. Dalam pukul 3 petang, semua
selamat tiba di puncak bukit takun. Yeah!! Dekat puncak kami berehat selama
sejam untuk makan, solat dan bergambar. View dari puncak route ni kurang sikit
dari route sebelah. Pukul 4, kami start turun, pukul 5.30 petang, semua selamat
berada di atas tanah semula.
Yoi: second climber
Pitch 3
Last anchor, last pitch
Puncak